“Terima kasih kenangan 17 tahun ini” – Isteri nekad cerai lepas suami kantoi curang ketika buat pembedahan bariatrik demi dapatkan zuriat

“Terima kasih kenangan 17 tahun ini” – Isteri nekad cerai lepas suami kantoi curang ketika buat pembedahan bariatrik demi dapatkan zuriat

Tular di TikTok perkongsian seorang wanita yang berpisah dengan suami gara-gara orang ketiga. Dalam perkongsian itu, wanita dikenali sebagai Syidah Tat mendedahkan dia sanggup menjalani pembedahan bariatrik demi menurunkan berat badan untuk ikhtiar zuriat.

Tetapi, suami langsung tidak menghargai pengorbanannya dan memilih wanita yang baru tiga bulan dikenali di aplikasi TikTok.

Kongsi Syidah, sebelum pembedahan bariatrik berat badannya mencecah sehingga 152kg. Walaupun takut jarum, dia nekad demi ikhtiar zuriat yang sudah lama dinantikan.

"Terima kasih kenangan 17 tahun ini" - Isteri nekad cerai lepas suami kantoi curang ketika buat pembedahan bariatrik demi dapatkan zuriat

Setahun juga Syidah mengambil masa untuk memujuk suaminya. Malah, suami pernah bergurau mahu mencari wanita lain jika Syidah kurus. Tetapi ternyata gurauan itu menjadi kenyataan.

Dah bariatrik, suami curang

"Terima kasih kenangan 17 tahun ini" - Isteri nekad cerai lepas suami kantoi curang ketika buat pembedahan bariatrik demi dapatkan zuriat

Menurut Syidah, dia telah disahkan ada masalah obstructive sleep apnea (OSA) dan polycystic ovary syndrome (PCOS) yang menyebabkan sukar untuk hamil.

Dia berusaha untuk mengurangkan berat badan demi kesihatan yang lebih baik tetapi siapa sangka suami tiba-tiba berpaling tadah.

Syidah minta untuk dilepaskan tetapi suami enggan menyebabkan Syidah jatuh talak 3 kerana melanggar taklik.

Dia juga disahkan hamil namun gugur tidak lama selepas itu. Walaupun kandungan tidak menjadi, Syidah bersyukur kerana Allah SWT memberinya peluang untuk merasai ‘garis dua’ bukti bahawa dia sebenarnya boleh mengandung.

"Terima kasih kenangan 17 tahun ini" - Isteri nekad cerai lepas suami kantoi curang ketika buat pembedahan bariatrik demi dapatkan zuriat

"Terima kasih kenangan 17 tahun ini" - Isteri nekad cerai lepas suami kantoi curang ketika buat pembedahan bariatrik demi dapatkan zuriat

"Terima kasih kenangan 17 tahun ini" - Isteri nekad cerai lepas suami kantoi curang ketika buat pembedahan bariatrik demi dapatkan zuriat

Baca Juga:
Mat Salleh punya tawar menawar lagi power daripada kita, suka sangat dapat beli dompet Gucci ‘fake’ RM100 di Petaling Street
Lelaki tinggal kekasih dalam kereta terjunam sungai gara-gara takut ditangkap khalwat
Penyokong PN boleh pakai baju parti solat di masjid, penyokong PH disuruh terbalikkan baju jika nak solat
CATEGORIES