Teresa Kok menerima ugutan bunuh melalui surat yang dihantar kepadanya bersama dua peluru.
Ahli Parlimen Seputeh itu berkata dia menemui surat dan peluru itu di dalam peti suratnya pada malam Sabtu.
Bekas Menteri Industri Utama itu segera membuat laporan kepada polis.
“Saya sedang memeriksa peti surat saya di kediaman saya malam tadi dan saya terjumpa satu sampul surat dengan sesuatu yang berat di dalamnya.
“Apabila saya membukanya, saya ternampak dua butir peluru dengan sekeping kertas yang tertulis perkataan ‘Cbilu Cina?!!! Lu Akan Mati!!! TUNGGU!!!’,” tulisnya.
Beliau turut berkongsikan gambar surat dan polis yang memeriksa peti surat di kediamannya menerusi Facebook.
“Saya berterima kasih atas tindakan pantas daripada polis,” katanya.