Terbongkar lagi satu perkara mengenai sisi gelap GISBH yang ramai orang tak tahu

Photo of author

By Syima Iza

Terbongkar lagi satu perkara mengenai sisi gelap GISBH yang ramai orang tak tahu.

Dalam pendedahan terbaru, Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) mendedahkan antara amalan ajaran sesat yang pernah dilakukan oleh GISBH.

Menurut laporan The Sun, para pengikut GISBH didoktrin untuk sentiasa taksub kepada pemimpin mereka. Setiap bahagian tubuh dan sisa pemimpin dianggap membawa berkat, dan perkara ini dikongsikan oleh PUKAS menerusi Facebook. Nasiruddin Ali memperkenalkan satu ajaran baru yang belum pernah diamalkan dalam GISBH sebelum ini, iaitu ‘transfer power berkat melalui udara’.

Terbongkar lagi satu perkara mengenai sisi gelap GISBH yang ramai orang tak tahu

Dalam ajaran tersebut, Ahli Lembaga Penasihat GISBH bersama Nasiruddin bertindak sebagai transmitter dengan mengangkat tangan ke langit, manakala ahli-ahli lain menjadi penerima (receiver) dengan menghalakan tangan mereka ke langit untuk menerima ‘power berkat’ daripada pemimpin.

Amalan ini dilakukan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerana mereka tidak dapat melakukan aktiviti bertabarruk dengan pemimpin secara fizikal.

Selain itu, jemaah ini juga dikatakan mengamalkan peraturan yang ‘mengarut’ yang ditetapkan oleh pihak kepimpinan, di mana para pengikut perlu akur dan patuh, termasuk diperlakukan seperti hamba.

Menurut bekas pemimpin GISBH, syarikat ini menggunakan tenaga kerja manusia tanpa memberikan gaji, dan mereka hanya menyediakan makanan serta tempat tinggal sebagai balasan yang dianggap mencukupi.

Terdapat juga peraturan di mana pemimpin mengarahkan suami untuk menceraikan isteri sebagai tanda ketaatan kepada jemaah. Proses ini dilakukan secara berjemaah dan dipantau oleh seorang pemimpin yang merupakan anak pengasas syarikat pada ketika itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mendedahkan bahawa ahli jemaah yang patuh dan taat kepada pemimpin GISBH akan ‘dihadiahkan’ isteri dan dinaikkan pangkat sebagai ketua.

Polis juga mendapati bahawa sesetengah pemimpin atasan GISBH mempunyai lebih daripada dua isteri. Bagi mereka yang ingkar arahan, mereka akan diugut dan tidak dibenarkan keluar dari jemaah.

Baca Juga:
Selepas 3,500 tahun, saintis dan pakar grafik dedah wajah sebenar Firaun
Gempar saintis temui spesis baharu ‘jerung hantu’ di dasar laut
Rupanya ini pencipta sebenar lagu ‘Abuya Skibidi’ yang tengah top di TikTok