Tengku Zafrul belanja 50 tiket wayang Imaginur kepada pengikutnya

Photo of author

By Syima Iza

Tengku Zafrul belanja 50 tiket wayang Imaginur kepada pengikutnya. Tawaran tiket wayang ‘Imaginur’ percuma daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendapat sambutan hangat daripada pengikut di laman Twitter rasminya.

Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan menerusi Twitternya berkata, dia ingin belanja sebanyak 50 keping tiket wayang percuma kepada pengikutnya.

“Saya mahu belanja tengok wayang Imaginur pada hari Rabu (esok), pukul 9.15 malam, berdekatan kawasan Lembah Klang.

Tengku Zafrul belanja 50 tiket wayang Imaginur kepada pengikutnya

“Jom semua, kalau nak sertai mesej terus saya ‘Saya nak tengok Imaginur!’. Siapa cepat dia dapat, saya belanja 50 orang tiket percuma.

Bagaimanapun, dalam tempoh kurang satu jam membuat hantaran itu, tawaran 50 tiket percuma berkenaan sudah direbut pengikutnya.

Tengku Zafrul belanja 50 tiket wayang Imaginur kepada pengikutnya

“Slot telah penuh! Hanya mereka yang berjaya akan dihubungi beserta dengan maklumat program.

“Terima kasih kepada semua yang telah menyertai!,” ujarnya.

Baca Lagi:
Bekas pengarah syarikat dan suami didakwa pecah amanah, sembunyi wang hampir RM50,000
Wanita ini ikhlas bagi suami kahwin lain, tapi syaratnya buat suami jadi meroyan
Anak stres mak ayah kawal duit, masa kahwin duit ‘salam kaut’ lesap dibuat pergi bercuti dan beli emas