Team Malaysia mara ke semifinals Piala Thomas, bertemu China!

Photo of author

By Syima Iza

Malaysia telah menempah tempat dalam separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas mengalahkan juara tahun 2014, Jepun, dengan skor 3-1 dalam perlawanan suku akhir di Gimnasium Pusat Sukan Zon High-Tech Chengdu, China pada hari Khamis.

Pasangan kedua negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menyumbangkan mata kemenangan bagi pasukan Malaysia setelah mengalahkan Akira Koga-Taichi Saito dengan skor 18-21, 21-15, 21-12 dalam pertarungan selama 66 minit.

Pemain tunggal lelaki negara, Lee Zii Jia, menyumbangkan mata pertama dengan mengalahkan Kenta Nishimoto dengan skor 21-13, 21-3 dalam masa 33 minit.

Team Malaysia mara ke semifinals Piala Thomas, bertemu China!

Walau bagaimanapun, momentum tersebut terhenti apabila pasangan pertama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kalah kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dengan skor 21-18, 14-21, 19-21 dalam masa 67 minit.

Pemain tunggal kedua negara, Leong Jun Hao, meneruskan kejayaan Malaysia dengan menang dengan skor 21-13, 21-10 dalam masa 35 minit menentang Koki Watanabe, membawa pasukan kembali memimpin sebelum Sze Fei-Nur Izzuddin mengesahkan mata ketiga.

Malaysia akan bertemu dengan tuan rumah China dalam separuh akhir setelah China menewaskan juara bertahan India dengan skor 3-1 dalam perlawanan suku akhir.

Kejayaan menewaskan Jepun membawa Malaysia ke separuh akhir Piala Thomas selepas lapan tahun absen sejak edisi 2016 di Kunshan, China.

Baca Juga:
Lima sekeluarga muntah berbuih, mata anak berlalak selepas makan kuih
Wanita gelabah bilik hotel diserbu pukul 2 pagi, suami sempat bagi tuala je
RXZ dari Thailand berharga RM15,000 jadi rebutan di Malaysia