Tayar kereta Bezza kena ‘clamp’ tapi kereta mewah dilepaskan, lelaki pertikai sikap double standard pihak berkuasa

Photo of author

By Syima Iza

Tayar kereta Bezza kena ‘clamp’ tapi kereta mewah dilepaskan, lelaki pertikai sikap double standard pihak berkuasa.

Meletakkan kenderaan di kawasan yang bukan tempat parkir adalah satu kesalahan dan biasanya akan dikenakan tindakan seperti mengunci tayar kereta.

Namun begitu, baru-baru ini seorang pengguna TikTok telah mempersoalkan mengapa pihak berkuasa kelihatan bersikap berat sebelah, dengan hanya mengenakan tindakan terhadap ‘kereta murah’ sahaja, manakala kereta yang lebih mahal dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

Tayar kereta Bezza kena 'clamp' tapi kereta mewah dilepaskan, lelaki pertikai sikap double standard pihak berkuasa

“Kunci tayar Bezza, tapi lepaskan kereta mahal. Tolong jelaskan ini, pihak berkuasa? Untuk makluman, kami sudah bayar ‘yuran’ tetapi di mana keadilannya?”
“Adakah kereta mahal bermaksud saya boleh langgar peraturan?” ujar pengguna TikTok, @thenshijin.

Tambahnya lagi, apabila dia bertanya mengapa kereta Range Rover yang berada berdekatan tidak dikunci tayarnya, pihak berkuasa enggan memberikan jawapan.

Ada di kalangan netizen yang menyalahkan lelaki tersebut kerana enggan bertanggungjawab selepas melakukan kesalahan.

Menurut lelaki itu, dia mengakui telah melakukan kesalahan, tetapi merasa tidak puas hati melihat sikap double standard yang berlaku di hadapannya.

“Isunya bukan saya tidak mahu bayar, saya buat salah, saya mengaku kesilapan saya dengan membayar (denda). Tapi bagaimana dengan orang lain? Adakah kereta mahal bermakna undang-undang tidak dikenakan kepada mereka?” tegas lelaki itu.

Dalam pada itu, ada yang berfikiran baik dan berpendapat mungkin alat kunci tayar (clamp) tersebut tidak sesuai untuk kereta dengan saiz tayar yang besar pada masa itu.

Namun, ramai netizen yang membantah pendapat tersebut dan mengatakan bahawa pihak berkuasa sepatutnya sudah menggunakan alat kunci tayar yang mampu mengunci apa jua saiz tayar kereta pada ketika ini.

@thenshijin People with money can break rules 🕺🏻 #dbkl #kualalumpur #malaysia #dewanbandarayakualalumpur ♬ original sound – Clinton

Baca Lagi:
Rupanya tanam 6 pokok ini boleh halau nyamuk masuk rumah
23 tahun tak makan nasi, pengantin lelaki pesan isteri masak ‘western’ setiap hari
Wanita naik motosikal bawa bayi 8 bulan sejauh 450 kilometer undang sebak