Tawaran diskaun 50 peratus saman trafik bermula 10 hingga 12 Januari kecuali 9 kesalahan ini

Photo of author

By Syima Iza

Tawaran diskaun 50 peratus saman trafik bermula 10 hingga 12 Januari kecuali 9 kesalahan ini. Polis menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk pembayaran saman trafik terpilih selama tiga hari mulai Selasa (10 Januari).

Pengumuman itu dibuat di laman Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur baru-baru ini, yang memaklumkan tawaran itu akan berlangsung sehingga 12 Januari.

Menurut hantaran tersebut, pembayaran boleh dibuat di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee di Kuala Lumpur.

Tawaran diskaun 50 peratus saman trafik bermula 10 hingga 12 Januari kecuali 9 kesalahan ini

Tempoh pembayaran bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 4.30 petang sepanjang tempoh tiga hari tersebut.

Mereka yang dikeluarkan saman yang ingin membayar melalui aplikasi MyBayar Saman juga perlu hadir sendiri di balai berkenaan untuk mengimbas kod bar diskaun.

Saman yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di luar Kuala Lumpur juga layak untuk tawaran diskaun berkenaan.

Diskaun 50 peratus untuk semua jenis saman trafik kecuali seperti berikut.

Bagaimanapun, kesalahan lalu lintas berikut adalah tidak layak untuk mendapat diskaun:

1. Kesalahan tidak boleh kompaun (NC).

2. Kesalahan status perbicaraan.

3. Kesalahan berkaitan kenderaan berat.

4. Kesalahan pengubahsuaian ekzos.

5. Kesalahan memotong secara bahaya (potong Q)

6. Kemalangan.

7. Kesalahan potong di garisan berkembar.

8. Kesalahan lorong kecemasan.

9. Kesalahan jalan semasa lampu isyarat merah.

Jangan lupa follow kami! Twitter , Facebook

Baca Lagi:
Terpedaya tawaran kerja online, pensyarah kolej rugi RM21,939
Fyna Jebat mengaku sudah bernikah dengan Zainal Abidin
Warga emas meninggal dunia ketika me­nuntut ilmu dalam kuliah duha