Tauke tudung bawal bayar busana RM250,000 guna ‘kad besi’ buat ramai terkejut.
Nama pengasas Bawal Exclusive, Haliza Masyuri, kembali diperkatakan apabila kad kredit miliknya yang dia hulurkan kepada juruwang untuk membayar busana RM250,000 bukan sembarangan.
Melalui video yang dikongsi di media sosialnya ketika ingin membayar busana itu, dia membalas selorohan seorang pengguna laman sosial yang meninggalkan komen di video busana RM250,000-nya yang mengatakan suaminya itu kelihatan seperti watak Sudin dalam cerita P.Ramlee.
“Ini bukan Sudin yang bayar baju RM250,000 guna duit kertas, tapi ini Sudin yang bayar baju RM250,000 guna kad besi saja,” balasnya dalam video sambil menghulurkan kad kredit ‘unlimited’ kepada juruwang.
Rata-rata orang ramai terkejut dengan bentuk kad kreditnya sehingga mahu melihat kad kredit wanita itu dan ada juga yang memuji busana mewah yang diperagakan.
“Macam corak cadar pengantin orang perak yang sulam emas tu,” seloroh seorang pengguna.
“Busana ini layak dipamerkan dalam muzium. Sentuhan Couture. Salah satu yang terbaik daripada team Rizalman,” kata Ashriel Izwan.
“Mengimbau kembali sejarah Islam iaitu zaman kegemilangan Sultan Suleyman. Cantik sangat puan dan suami,” komen Nadia.
Tidak terhenti di situ, difahamkan, pengasas Bawal Exclusive itu turut membayar lagi RM30,000 untuk menaiki kereta kuda demi menjiwai Hurrem walaupun lima minit.
“RM30,000… Saya nak duit sebanyak itu untuk pembangunan sukan sekolah saya,” ujar @hanimbb78.
@halizamaysuri Replying to @Syeranrl ♬ original sound – Drama&movie – Pokrol86
“Naik kuda di DBKL kat Taman Tasik Titiwangsa RM1.50 je,” komen seorang pengguna laman sosial.
Hanya kerana mahukan kelainan bagi malam majlis ulang tahun ke-25, busana mewah milik Haliza yang berharga RM250,000 raih perhatian orang ramai.
Perkongsian itu telah dimuat naik oleh pemilik Bawal Exclusive itu sendiri di laman TikToknya, menunjukkan dirinya mengenakan busana mengikut tema majlis tersebut iaitu Magnificent Century.
Difahamkan, perbincangan mengenai rekaan baju ini telah bermula sejak awal tahun lagi dan dalam tempoh setahun terhasillah busana daripada rekaan Rizalman Couture dengan bertatahkan 83,900 butir Swarovski.