Tapir jantan seberat 250kg sesat ‘pusing’ satu bandar Dungun

Tapir jantan seberat 250kg sesat ‘pusing’ satu bandar Dungun

Tapir jantan seberat 250kg sesat ‘pusing’ satu bandar Dungun. Gelagat seekor tapir jantan dianggarkan seberat 250 kilogram yang tersesat di beberapa kawasan termasuk sekitar bandar dan perumahan di sini menarik perhatian penduduk setempat.

Rakaman video tapir berkenaan yang hilang arah selepas tersesat mula tular di media sosial sejak Rabu sebelum ia berjaya ditangkap di Kampung Kubang Miang, di sini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik, kelibat tapir berkenaan telah dilihat di beberapa lokasi di sekitar Dungun sejak pagi Rabu.

Tapir jantan seberat 250kg sesat 'pusing' satu bandar Dungun

“Dengar kata (difahamkan) tapir ni dah ‘pusing’ satu Dungun. Mula sedar pagi tadi alik (di sekitar) Pantai Teluk Lipat terus masuk ke bandar di Sura Gate.

“Dapat tangkap doh (dah) di Kampung Kubang Miang ni. Pihak berwajib akan ambik tindakan selanjutnya dan bawa ke tempat selamat.

“Tok ngulu (penghulu) kita dengan JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung) pun ada turut sama dalam misi menyelamat ni, “katanya melalui hantaran di laman Facebooknya pada Rabu.

Menurut Wan Hapandi, haiwan itu tidak boleh dibiarkan merayau di kawasan penempatan manusia memandangkan ia dikategorikan dalam spesies terancam.

“Bimbang nye (ia) repuh (dilanggar) kenderaan jadi susah pulok (pula) nanti,” tulisnya.

Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, tapir berkenaan berjaya ditangkap dan akan dibawa ke lokasi lebih selamat.

“Tapir itu berjaya ditangkap oleh pihak Perhilitan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM), JPKK dan orang awam,”katanya ketika dihubungi, di sini pada Rabu.

Satu video tular berdurasi 30 saat yang di muat naik tengah hari tadi menunjukkan tapir itu berada di hadapan sebuah kedai kek dan roti di bandar Dungun sebelum berlari ke kawasan lain.

Selain itu, turut mencuit perhatian ialah video yang dimuat naik menerusi platform Tik Tok yang menunjukkan gelagat seorang lelaki berusaha mengejar tapir tersebut di dalam kawasan parit sebelum ia berjaya ditangkap.

Baca Lagi:
Tular anggota polis trafik mengantuk terhoyong-hayang semasa bertugas jadi bualan netizen
Adik gatal nak kahwin muda, kahwin lari tanpa restu keluarga…akhirnya ini yang terjadi
Guru kongsi kisah anak murid deman, ibu korek sana sini cari duit untuk bawa anak ke klinik
CATEGORIES