Seorang wanita berkongsi kisah seram yang dialami di sebuah hotel di Bangkok apabila dia melihat kesan tapak tangan muncul secara tiba-tiba, lapor saluran berita CNN semalam.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun bernama @breannaechavez, tapak tangan itu muncul di cermin bilik penginapannya di Hotel Le Fenix Sukhumvit, Bangkok baru-baru ini.
Difahamkan, wanita itu sedang memasak air menggunakan pemanas air yang terletak di hadapan sebuah cermin solek.
Ketika wap keluar daripada alat itu, dia menoleh ke arah cermin lalu terlihat imej yang menyeramkan itu.
“Saya baru saja hendak memasak air untuk merebus mi dan saya melihatnya (tapak tangan),” kata pemilik klip video itu.
Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan mencatatkan lebih 7 juta tontonan.
@breannaechavez When in Thailand 🇹🇭 I’m pretty sure there must be some scientific explanation to this. #bangkok #sukhumvit11 #creepyhotel💀 ♬ original sound – sophie
“Menakutkan sekali. Saya menggigil ketakutan selepas tonton video ini,” kata seorang netizen.