“Tangan pucat macam mayat”- Lelaki kongsi detik selamatkan 4 nelayan hanyut di tengah laut selama 4 hari

Photo of author

By Syima Iza

“Tangan pucat macam mayat”- Lelaki kongsi detik selamatkan 4 nelayan hanyut di tengah laut selama 4 hari.

“Pegang tangan mereka, sejuknya seperti memegang tangan mayat. Kulit mengelupas semuanya. Salah seorang penuh kesan gigitan ikan, sampai bernanah merah dan putih,” cerita seorang pengguna TikTok, Chai Fishing, mengenai pengalamannya menyelamatkan empat nelayan Indonesia baru-baru ini.

Dalam hantaran video yang dimuat naik oleh Chai, empat nelayan tersebut dikatakan hanyut dari perairan Indonesia hingga ke Pulau Jarak selama kira-kira empat hari selepas bot mereka karam akibat dilanggar sebuah kapal dagang.

"Tangan pucat macam mayat"- Lelaki kongsi detik selamatkan 4 nelayan hanyut di tengah laut selama 4 hari

Rancangan Memancing Bertukar Misi Penyelamatan

Chai bersama rakan dan tekong bot pada mulanya merancang ke perairan antarabangsa untuk aktiviti memancing. Namun, akibat laut bergelora, mereka memutuskan untuk bermalam di Pulau Jarak.

“Sebelum mula memancing, kami nampak mereka. Pada mulanya, kami sangka mereka adalah tentera laut yang sedang menjalani latihan renang kerana berpakaian serba hitam. Dua tiga kali saya perhatikan, nampak seorang melambai tangan. Kali kedua, dua orang melambai, sementara dua lagi nampak keletihan,” katanya.

Chai dan rakannya segera menuju ke lokasi dan menemui nelayan tersebut yang kelihatan memegang tong untuk terus terapung.

“Masa sampai, tangan mereka pucat sangat. Dalam kepala saya terus terfikir, pasti bot mereka karam,” tambahnya.

Dua Nelayan Tidak Terselamat

Menurut cerita nelayan tersebut, terdapat enam orang di atas bot ketika kejadian, namun dua daripada mereka tidak dapat bertahan dan meninggal dunia di laut.

“Salah seorang yang meninggal adalah anak kepada kapten bot. Kapten yang berusia 60-an selamat, tapi anaknya menjadi korban,” katanya.

Chai juga menceritakan betapa sebaknya melihat nelayan itu mencium tangan mereka tanda bersyukur kerana diselamatkan selepas empat hari hanyut tanpa makanan dan minuman.

“Mereka cerita, ada dua orang yang hampir putus asa, tapi mendengar panggilan ‘ayah’ dari anak mereka, terus dapat semangat untuk bertahan,” ujarnya.

Bot Lalu-Lalang Tetapi Tidak Sedar Kehadiran Mereka

Nelayan tersebut turut memaklumkan banyak bot yang lalu-lalang di kawasan itu, namun tiada yang menyedari kehadiran mereka.

@chaifishing_ Kisah bagaimana kami boleh bertemu dengan empat nelayan yang hanyut selama empat hari di laut. Depa menceritakan segala yang terjadi. #chaifishing #fyp #foryou #xyzbca ♬ New Age, a sad piano solo 10 minutes(1003982) – 8.864

“Naik bot pun mereka terus sujud syukur. Mereka tak habis-habis ucap terima kasih kepada kami,” kata Chai.

Empat nelayan itu diberi makanan dan minuman sebelum diserahkan kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk tindakan lanjut.

Pengesahan TLDM

Kelmarin, Kosmo! melaporkan bahawa TLDM menyelamatkan empat nelayan asing dari Tanjung Balai, Indonesia, yang hanyut selama beberapa hari di perairan Selat Melaka.

Menurut Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat Pangkalan TLDM Lumut, keempat-empat nelayan itu ditemui oleh sebuah bot nelayan tempatan berhampiran perairan Pulau Jarak pada pukul 1.40 tengah hari.

Kesemua mereka dilaporkan hanyut selepas bot yang dinaiki karam akibat dilanggar kapal dagang ketika menangkap ikan di perairan Indonesia.

Baca Juga:
Ini penjelasan RTM selepas tular wanita dedah gaji tidak dibayar selama 2 bulan
Lelaki kongsi video kerja ‘tukang batu’ di UK dapat RM900 sehari, ramai netizen berminat mencuba
Ustaz Sophian review servis Pak Mat Western buat ramai netizen sokong