Tandas senget, ramai pening macam mana nak ‘membuang’

Tandas senget, ramai pening macam mana nak ‘membuang’

Tandas senget, ramai pening macam mana nak ‘membuang’. Rumah terbalik atau lebih dikenali sebagai Upside Down House sememangnya dibina sebagai tempat pelancongan untuk menarik pelawat. Dekat KL dan Melaka pun ada rumah terbalik kan.

Namun, reka bentuk tandas awam di sebuah kawasan rekreasi dipercayai di Indonesia ini pula lebih unik kerana ianya dibina condong atau senget.

Video tandas awam tersebut telah tular di platform media sosial selepas dimuat naik di TikTok sebelum dikongsikan semula di Twitter semalam.

Dalam video TikTok yang berdurasi 15 saat itu, dapat dilihat terdapat tiga buah tandas yang dibina condong di kawasan tangga di sebuah kawasan air terjun.

Tandas senget, ramai pening macam mana nak 'membuang'

Mesti ramai antara korang yang tertanya-tanya macam mana orang nak membuang hajat kalau tandasnya condong kan.

Ha, jangan risau, nampaknya yang condong itu hanyalah bahagian luaran tandas sahaja, bahagian dalamannya tetap boleh digunakan macam tandas biasa kot.

Dapat dilihat seorang kanak-kanak perempuan keluar dari tandas tersebut, jadi berkemungkinan besar tandas senget ini bukanlah suntingan video semata-mata.

Ramai warganet yang kata mereka pening lihat tandas condong ini, dah macam ilusi mata dah kan!

Baca Lagi:
Tular Myvi rempuh Hilux halang laluan kemudian beredar begitu sahaja undang persoalan netizen
Wanita diceraikan talak tiga selepas suami ‘kantoi’ bercinta dengan bini orang
Gaji pekerja di Malaysia dijangka naik hingga 20 peratus
CATEGORIES