Pelajar sekolah rendah, OKU naik tren KTMB percuma bermula 15 Februari

Pelajar sekolah rendah, OKU naik tren KTMB percuma bermula 15 Februari

Pelajar sekolah rendah, OKU naik tren KTMB percuma bermula 15 Februari. Kementerian Pengangkutan mengumumkan tambang percuma kepada pelajar sekolah rendah dan orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), bermula 15 Februari ini.

Bagaimanapun Menterinya, Anthony Loke berkata, inisiatif percuma itu tidak melibatkan perkhidmatan tren elektrik (ETS).

Menurutnya, pelajar sekolah rendah tidak lagi perlu membeli tiket kereta api kerana boleh terus menaiki perkhidmatan itu sekiranya berpakaian seragam sekolah.

Pelajar sekolah rendah, OKU naik tren KTMB percuma bermula 15 Februari

“Secara prinsipnya, kami beri tambang percuma kepada semua pelajar sekolah. Namun, saya akan berbincang dengan pihak KTMB untuk memberikan manfaat sama kepada pelajar sekolah menengah jika ada peruntukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyantuni penumpang KTMB di Stesen KL Sentral bersempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Baca Lagi:
Bengang ditegur kerana bising, lelaki tetak pekerja restoran dengan parang
Kanak-kanak lelaki ditemui terkunci dalam kontena selama 6 hari di Pelabuhan Kelang
Lelaki berusia 53 tahun jadi penagih selepas belajar hisap dadah daripada anak
CATEGORIES