Taksub dengan pelajar wanita muslim, lekaki China hantar daging babi sebab kecewa cinta tak berbalas

Photo of author

By Syima Iza

Taksub dengan pelajar wanita muslim, lekaki China hantar daging babi sebab kecewa cinta tak berbalas. Gara-gara terlalu taksub kepada seorang wanita Muslim, seorang pelajar warga China di United Kingdom (UK) dijatuhi hukuman penjara 28 bulan.

Menurut Telegraph, pelajar lelaki dari Durham University yang dikenali sebagai Kaichen Ma, 21, itu dikenakan hukuman tersebut atas kesalahan menghendap (stalking) wanita itu hingga dia menjadi trauma dan takut untuk keluar daripada rumahnya.

Lelaki taksub sanggup hantar daging babi kepada wanita Muslim

Taksub dengan pelajar wanita muslim, lekaki China hantar daging babi sebab kecewa cinta tak berbalas

Lebih mengejutkan, Ma yang obses dengan wanita Muslim terbabit telah bertindak menghantar sekilo daging babi ke tempat penginapan mangsa – walhal semua mengatahui adalah haram untuk umat Islam.

Bukan itu sahaja, dia juga telah menghubungi mangsa menggunakan 44 nombor telefon berbeza selepas wanita itu menyekatnya berulang kali.

Selain itu, Ma juga akan datang ke tempat kuliah wanita terbabit tanpa diundang dan membeli hadiah yang tidak diingini oleh mangsa seperti cincin Pandora, kad dan tiket penerbangan ke China.

Namun semua ini dilakukan selepas mereka keluar bersama.

Mangsa menjadi takut dan alami tekanan mental hingga ponteng kelas
Tindakan Ma menyebabkan wanita itu takut untuk keluar selain mengalami tekanan mental dan terpaksa ponteng kelas selama dua minggu.

Sebelum ini, Ma pernah ditangkap dan diperintahkan untuk menjauhkan diri daripada mangsa, namun dia tetap tidak mengendahkan syarat ikat jamin tersebut.

Lebih menakutkan, Ma juga meneruskan aktiviti menghendap (stalk) wanita terbabit sambil cuba memujuk mangsa agar tidak meneruskan prosiding jenayah terhadapnya.

Bagaimanapun, pada 30 Januari lalu Ma sekali lagi ditangkap dan terus ditahan reman kerana melakukan kesalahan yang sama berulang.

Dijatuhi hukuman penjara 28 bulan dan akan dihantar pulang ke China
Hakim James Adkin menjatuhkan hukuman penjara 28 bulan kepada Ma dan akan menghantarnya pulang ke China selepas selesai jalani hukuman.

James turut melarang Ma dari menghubungi dan mendekati wanita Muslim berdarah Turki itu selama 15 tahun.

Beliau berkata, tingkah laku Ma yang ‘taksub dan gigih’ telah memberi impak besar kepada wanita terbabit.

Saling berkenalan semasa bertemu di sebuah kelab malam
Untuk info, Ma dan mangsa mula bertemu di sebuah kelab malam pada 30 September tahun lalu dan saling memberi nombor telefon bagi penetapan tarikh janji temu mereka.

Mereka dilaporkan meluangkan waktu bersama di restoran dan pawagam sebelum pada akhir janji temu Ma bertindak ingin mencium dan menyuntuh wanita itu ketika ingin pulang ke rumah.

Namun, wanita terbabit cuba memberitahu Ma bahawa dia tidak berminat untuk membawa hubungan mereka lebih jauh.

Baca Lagi:
Berang kad bank ditelan, lelaki mengamuk pecahkan semua skrin mesin ATM
Vendor karipap berkulat yang tular mengaku jual semula karipap yang tidak laku
Kucing tidur atas tayar, wanita ini sengaja suruh kawan ‘reverse’ kereta akhirnya ini yang jadi..