Takiyuddin sahkan memang wujud ‘Langkah St Regis’ diketuai Tok Mat

Takiyuddin sahkan memang wujud ‘Langkah St Regis’ diketuai Tok Mat

Takiyuddin sahkan memang wujud ‘Langkah St Regis’ diketuai Tok Mat. Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mengesahkan berlaku pertemuan antara Perikatan Nasional (PN) dengan kumpulan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) yang didakwa diketuai oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, di Hotel St Regis sebelum kerajaan baharu dibentuk pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pada pertemuan itu, Takiyuddin mendakwa, pemimpin BN membawa senarai tawaran dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH) kepada BN.

“Saya mengesahkan PN ada berjumpa pimpinan tertinggi BN sebelum kerajaan sekarang dibentuk. Mereka yang hadir ketika itu diketuai Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Takiyuddin sahkan memang wujud 'Langkah St Regis' diketui Tok Mat

“Turut hadir ialah Naib Presiden UMNO, Setiausaha Agung BN (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir), Presiden MCA (Datuk Seri Dr Wee Ka Siong), dan Presiden MIC (Tan Sri SA Vigneswaran).

“Pada pertemuan itu, mereka membawa satu senarai dan tunjuk kepada kita bahawa ini tawaran PH kepada BN… jadi apa PN boleh tawarkan kepada BN?” dakwanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Pasca Banjir, PN Sentiasa Bersamamu di Kampung Periok, di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Semalam, media melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendedahkan wujud ‘Langkah St Regis’ yang diatur beberapa Ahli Parlimen daripada parti itu bersama pemimpin PN.

Ahmad Zahid berkata, ia bukan saja bertujuan menggagalkan pembentukan Kerajaan Perpaduan, malah cuba untuk menyingkirkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebagai Pengerusi BN.

Bagaimanapun, Takiyuddin menjelaskan, beliau tidak memahami apa yang diperkatakan oleh Ahmad Zahid berhubung perkara itu.

“Saya ada tarikh tepat bila pertemuan itu berlangsung, namun saya tidak perlu mendedahkannya,” katanya.

Baca Lagi:
Kunjungan PM ke Terengganu tidak diraikan, mana pergi MB, Exco?
‘Saya temui banyak kecurangan dalam fail Kementerian Kewangan’ – Anwar
Masih ramai suami tak tahu ‘Rahsia’ bodek isteri, cuba 5 teknik ini..pasti isteri sayang!
CATEGORIES