“Tak tahu nak gelak ke nak nangis” pulut panggang keras macam kayu ditemui di bazar Ramadan

Photo of author

By Syima Iza

Bagi membuktikan kata-katanya, Kanda turut mengetuk pulut panggang yang keras tersebut di atas sebuah pinggan.

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, bazar merupakan antara lokasi yang paling dinanti-nantikan oleh orang ramai.

Ini kerana, ia tidak hanya meriah bahkan para pengunjung juga boleh mencari pelbagai juadah daripada lauk-pauk sehinggalah manisan.

"Tak tahu nak gelak ke nak nangis" pulut panggang keras macam kayu ditemui di bazar Ramadan

Namun dalam kemeriahan para pengunjung membeli di bazar, pasti ada sahaja keluhan daripada pelanggan yang didengari apabila terdapat segelintir peniaga yang menjual makanan dengan kualiti yang kurang baik.

Pelanggan sifatkan kuih dibeli macam kayu
Perkara sama turut berlaku kepada seorang pelanggan apabila mendapat kuih yang tidak seperti diharapkannya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @kanda.nismilan awalnya dia menunjukkan satu kuih pulut panggang yang dipercayai dibeli daripada peniaga yang menjual makanan di bazar Ramadan.

Namun apa yang menjadi perhatian, sebaik dia membuka balutan daun kuih tersebut kelihatan pulut panggang berkenaan sedikit hangus di bahagian bawahnya.

Kuih siap boleh ketuk pada pinggan

@kanda.nismilan alkisah 1 ramadhan .. tak tahu la nk gelak ke nk nangis .. dah mcm kayu 🤣🤣 #kongsibersama #ramadhan2024 #puasa #fyp #berbukapuasa ♬ Marhaban ya ramadhan – Nay🕊

Kanda kemudian mengetuk kuih tersebut pada pinggan dan kedengaran bunyi yang menunjukkan kuih tersebut keras.

Malah dia juga cuba mematahkan kuih tersebut dan boleh didengar bunyi ‘crack’ dari kuih tersebut. Bagi yang pernah makan atau membeli kuih ini, anda pasti tahu tekstur pulut pangang tidak sepatutnya keras atau rangup tetapi ia lembut dan mudah dimakan.

“Al kisah satu Ramadan, tak tahu lah nak gelak ke nak nangis… Dah macam kayu,” ujarnya di kapsyen.

Beli pulut panggang berharga RM13
Melihat di ruangan komen, Kanda memaklumkan dia membeli juadah tersebut sebanyak 10 batang pada harga RM13.

Perkongsian video tersebut secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai netizen yang turut kecewa sebaik melihat kualiti kuih yang dijual oleh peniaga berkenaan.

Malah ada yang menyifatkan jika kuih itu dimakan ia mungkin boleh membuatkan gigi pelanggan tercabut kerana terlalu keras.

Baca Juga:
Pengantin perempuan pitam sebelum akad nikah, cecair warna merah keluar dari dinding bilik pengantin
Suami jahit telekung bertatah Swarovski buat isteri tercinta sempena sambut Ramadan
Akaun TikTok pelancong Malaysia diserang netizen Indonesia selepas kritik kota Jakarta kotor