Tak tahan selalu disindir isteri, lelaki nekad beli rumah ‘busuk’

Photo of author

By Syima Iza

Tak tahan selalu disindir isteri, lelaki nekad beli rumah ‘busuk’.

Harga hartanah di Malaysia pada hari ini sudah berada pada tahap yang mahal secara keseluruhannya. Bagi mereka yang bekerja biasa-biasa, boleh dikatakan hampir mustahil untuk memiliki rumah impian masing-masing.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga bergelar kontraktor renovasi rumah telah berkongsi satu kisah inspirasi tentang perjuangan seorang suami yang sanggup menabung untuk membeli rumah secara tunai walaupun disindir oleh orang sekeliling, termasuklah isterinya.

Tak tahan selalu disindir isteri, lelaki nekad beli rumah 'busuk'

Difahamkan pada mulanya si suami sering disindir isterinya kerana tidak memiliki rumah sendiri.

Namun, dia tidak menghiraukan semua sindiran tersebut dan terus maju ke hadapan dengan membeli rumah yang dianggap ‘busuk’ atau dalam bahasa mudahnya, sebuah rumah dalam keadaan terbiar, dipenuhi semak samun serta rosak teruk, yang dijual pada harga murah.

Dia telah menyimpan RM100,000 selama 10 tahun dengan niat untuk membeli rumah secara tunai. Memang tidak dinafikan, rumah yang dibelinya tampak usang dan dipenuhi pelbagai kerosakan dalaman. Pada tingkat atas, rumah tersebut bahkan didakwa dipenuhi taik yang dipercayai pernah diduduki oleh penagih dadah.

Tak tahan selalu disindir isteri, lelaki nekad beli rumah 'busuk'

Encik Fad Nasir telah dilantik sebagai kontraktor dalam mengubah suai rupa keseluruhannya dalam mendapatkan rekaan rumah impian selama ini.

Walaupun secara kasar kos baik pulih dan renovasi yang bakal dikenakan sangat tinggi, si suami tetap bersetuju dengan jumlah kiraan yang mencecah RM89,000. Dia segera merangka pelan susun atur yang lebih baik dan kondusif untuk keluarga klien.

Ini termasuklah pemilihan tema moden putih yang kontemporari serta membesarkan ruang rumah seperti dapur, serta menambah bilik untuk keselesaan.

Hasil kerja dari pasukan kontraktor Tuan Fad Nasir ternyata sangat bagus sehingga si suami berulang kali mengucapkan terima kasih kerana sangat jarang untuk bertemu dengan kontraktor yang ikhlas dan baik pada masa kini.

Seusai tempoh 5 bulan, di mana renovasi hampir siap, si suami telah dimarahi isterinya kerana mengambil keputusan untuk membeli dan mengubah suai rumah busuk yang dipercayai mungkin tidak berbaloi.

Walaupun pada mulanya ramai yang mengatakan perumahan di situ nampak teruk, tetap ramai yang membeli di kawasan tersebut selepas ia menjadi tular.

Berkat kesabaran dan kepintaran si suami dalam membuat pilihan membeli rumah di bawah harga pasaran, kini harga semasa rumahnya sudah naik berlipat kali ganda selepas dinilai oleh pihak berwajib, iaitu mencecah RM358,000.

Kisah ini berakhir dengan baik apabila pasangannya sangat gembira sebaik melihat keadaan rumah yang dibeli sudah berubah menjadi seperti rumah mewah pula.

Tak tahan selalu disindir isteri, lelaki nekad beli rumah 'busuk'

Jumlah pembelian dan juga ubah suai rumah jika dicampur hanya sekitar RM189,000 sahaja dan kini boleh mengaut keuntungan jika mahu dijual semula kerana harga hartanah telah naik mencecah RM300,000. Ini adalah satu gerakan bijak yang dilakukan oleh lelaki terbabit.

Encik Fad Nazir langsung memuji sikap si suami yang tidak pernah mengalah dalam mengembirakan hati isterinya walaupun pada mulanya ditentang teruk oleh ramai orang.

VIDEO

Baca Lagi:
Pisang di dinding dilelong dengan harga lebih RM4 juta
Rakyat Malaysia bakal dapat Kad Pengenalan baharu, MyKad lama akan dimansuhkan
Selama 40 tahun, banglo unik ini terletak di tengah ’roundabout’