Tak tahan kena maki dan dipaksa kerja overtime, lelaki tikam mati ketua pengawal keselamatan

Tak tahan kena maki dan dipaksa kerja overtime, lelaki tikam mati ketua pengawal keselamatan

Tak tahan kena maki dan dipaksa kerja overtime, lelaki tikam mati ketua pengawal keselamatan. Seorang pengawal keselamatan di Thailand menikam ketuanya hingga mati kerana mangsa memaksa dia bekerja terlalu lama dan sering mengeluarkan kata-kata kesat terhadap dirinya, lapor akhbar Metro UK semalam.

Sawat Sriratchalao, 44, ditahan kerana dituduh menikam Arom Bunnan, 56 menggunakan sebilah pisau sepanjang 33 sentimeter.

Dia mengaku merancang serangan itu di pusat bandar Bangkok kerana sering dibuli oleh mangsa.

Pengawal keselamatan tikam mati bos kerana dipaksa overtime dan asyik kena maki

“Saya telah lama berasa marah dengan bos (mangsa). Ada masanya, saya tidak dapat tidur kerana amat tertekan memikirkan tentang dirinya.
“Dia membuli saya dan sering bercakap kasar dengan saya. Meskipun telah pulang ke rumah, kata-katanya masih tergiang-ngiang di telinga,” kata Sawat sejurus selepas ditahan polis.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa merayu kepada suspek agar tidak menikamnya di sebuah tempat letak kereta di Lumpini Park.

Suspek kemudian menikam pisau pada dada mangsa sebelum seorang pejalan kaki cuba menghentikan pergelutan itu.

Suspek kemudian melarikan diri menggunakan motosikal, manakala mangsa rebah akibat ditikam. Dia dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat tikaman pada dada kirinya.

Sriratchalao berdepan hukuman penjara 20 tahun jika didapati bersalah.

Baca Lagi:
Pengguna jalanraya cemas lelaki mengaku ‘tuhan’ mengamuk di Pasir Puteh
Lelaki ini 3 kali kena penjara walaupun tak pernah buat salah
Surat kisah penceraian Puteri Diana bakal dilelong
CATEGORIES