Tak tahan dengan kontroversi, bapa umum Jocelyn Chia dibuang keluarga, tak mengaku sebagai anak sehingga mati
Tidak tahan dengan kontroversi demi kontroversi yang ditimbulkan Jocelyn Chia, pelawak kelahiran Singapura itu dikatakan dibuang keluarganya sendiri.
Menerusi ciapan pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama Anthony Chia Whye Liang beberapa hari lalu, beliau mengumumkan, dia dan isterinya, Shirley tidak mengiktiraf Jocelyn sebagai anak lagi sehingga mereka meninggal dunia.
“Perbuatannya menunjukkan saya gagal membesarkan dia menjadi manusia yang lebih baik untuk masyarakat.
“Masyarakat berhak dapat lebih baik daripada ini,” menurut ciapan Twitter didakwa milik bapa Jocelyn.
Ahad lalu, Jocelyn dilaporkan sekali lagi muncul dengan kontroversi apabila mempersendakan tindakan Malaysia berhubung aksi biadab kumpulan muzik, The 1975, ketika membuat persembahan di Sepang, Selangor, baru-baru ini.
Dalam ciapan di Twitter, secara sinis wanita itu mengalu-alukan vokalis kumpulan itu, Matty Healy yang diletakkan sebagai individu senarai hitam kerajaan Malaysia selain turut mempersoalkan Malaysia tidak mengarahkan Polis Antarabangsa (Interpol) menahan kumpulan itu.
Sebelum ini, Jocelyn mencetuskan kontroversi selepas menjadikan topik kehilangan pesawat penerbangan Malaysia, MH370 sebagai bahan jenakanya dalam satu persembahan komedi bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ di New York, Amerika Syarikat, Jun lalu.
Tindakannya itu dikecam pelbagai pihak termasuk rakyat Malaysia dan Singapura kerana tidak sensitif dengan perasaan keluarga mangsa yang masih bersedih dengan tragedi itu.
Baca lagi :