Tak sensitif! Netizen kecam poster filem ‘Sijjin’ guna kalimah Allah

Tak sensitif! Netizen kecam poster filem ‘Sijjin’ guna kalimah Allah

Tak sensitif! Netizen kecam poster filem ‘Sijjin’ guna kalimah Allah.

Tidak sensitif! Itulah perkataan yang boleh digambarkan terhadap penerbit filem seram, Sijjin apabila menggunakan kalimah Allah pada poster dan penggunaan telekung dalam gimik mempromosikan filem berkenaan.

Filem terbitan negara seberang Indonesia itu mendapat kritikan pengguna media sosial tempatan, selepas poster utamanya menggunakan kalimah Allah dan gimik filem yang menonjolkan watak hantu bertelekung tular.

Tak sensitif! Netizen kecam poster filem ‘Sijjin’ guna kalimah Allah

Menurut perkongsian penulis dan aktivis kemanusiaan, Dr Taufiq Razif, beliau tidak senang apabila kalimah Allah digunakan sewenang-wenangnya, apatah lagi pada tempat yang tidak sepatutnya.

“Kalau saya nampak nama Allah di lembaran kertas jatuh ke lantai pun saya akan cepat-cepat ambil dan letak di tempat yang tinggi.

“Ni pula sewenang-wenangnya diletakkan di badan seorang perempuan tak tutup aurat/watak hantu semata-mata nak promosikan filem. Tolong tukar gambar poster ini secepatnya,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau turut menggesa pihak berwajib supaya mengambil tindakan segera dan mengajak orang Islam untuk mempertahankan nama Allah daripada direndahkan pihak tertentu.

“Rupanya diorang bukan buat di poster utama je, tapi diorang buat juga di ‘gift’ dan benda-benda lain.

“Bayangkan orang buang merata-rata benda ini semua. Ini memang dah melampaui batas,” katanya.

Perkongsian Dr Taufiq itu mendapat lebih 600 komen dan 5,000 perkongsian daripada netizen di Facebook, yang rata-ratanya tidak senang dengan penggunaan poster terbabit.

“Setuju! Patut pihak yang terlibat lebih cakna isu sensitif macam ni,” tulis pemilik akaun Facebook, Effy Sueffy.

“Setuju. Bila mana muslim sendiri merendahkan sedemikan rupa, takut akan digunakan non muslim untuk agenda seterusnya,” tulis Fazeelah Sulaiman.

Sementara itu, pemilik akaun Amira Daud pula mempersoalkan pihak yang bertanggungjawab meluluskan pengiklanan filem berkenaan dan menuntut penjelasan sewajarnya.

“Pihak berwajib mana? Kenapa tak cakna? Benda lain bising, bab macam ni senyap seribu bahasa,” kata Mohd Nazmi.

“Mempersendakan pakaian solat. Mempersendakan kalimah Allah untuk promosi filem. Harap yang mengendalikan filem ini ambil langkah sebaiknya uruskan lindungi kalimah Allah dan hormat pakaian solat,” tulis QasehHannie Hasnee.

Difahamkan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sudah mengarahkan Golden Screen Cinemas (GSC) selaku pengedar filem seram terbitan syarikat produksi Indonesia, Sijjin untuk menarik balik dan membuat penukaran poster.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dilaporkan berkata, pihaknya sudah berbincang dengan GSC dan mengarahkan supaya membuat penukaran kepada poster baharu.

“FINAS ambil maklum tentang isu ini dan kami minta dan mengarah GSC untuk menarik balik serta menukar poster filem ini,” katanya seperti dipetik BH Online.

Baca lagi:
Cacing ditemui dalam otak gadis 23 tahun angkara makan makanan ini
Lelaki transgender insaf, tidak mahu lagi jadi perempuan selepas tonton filem Seksa Neraka
Teruja filem terbaru Salman Khan ‘Tiger 3’, peminat bakar mercun dalam panggung wayang
CATEGORIES