Tak senonoh! lelaki selamba ‘berak’ di hadapan rumah di kecam orang ramai

Tak senonoh! lelaki selamba ‘berak’ di hadapan rumah di kecam orang ramai

Tak senonoh! lelaki selamba ‘berak’ di hadapan rumah di kecam orang ramai.

Tindakan seorang lelaki membuang air besar sebarangan di hadapan sebuah rumah di Taman Stapok, Batu Kawa tular di media sosial hari ini.

Perbuatan kotor lelaki terbabit mendapat kecaman daripada netizen dan menyifatkannya ia tidak senonoh.

Tak senonoh! lelaki selamba 'berak' di hadapan rumah di kecam orang ramai

Malah, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Kai mengutuk perbuatan lelaki tersebut.

Tegasnya, pihaknya akan mengesan lelaki terbabit untuk diambil tindakan sewajarnya.

“Kita akan periksa pemilik kereta terbabit (dalam video yang tular) dan menghukumnya dengan sewajarnya,” katanya dengan ringkas.

Pada masa sama beliau turut berkongsi kesalahan berkaitan Kebersihan Harta Awam dan Swasta iaitu 22. (1) Tiada seorang pun boleh, melainkan dengan kebenaran bertulis Harta awam. Ketua Pegawai Tadbir,-

(a) menulis, melukis, menyembur, menanda, menconteng, menconteng atau menulis apa-apa perkataan, angka, slogan, karikatur, simbol, atau apa-apa benda pada mana-mana harta kepunyaan pihak berkuasa tempatan atau Kerajaan;

(b) menampal, mempamerkan atau melekat apa-apa poster, plakat, papan pameran, bil, notis atau sepanduk pada mana-mana harta pihak berkuasa tempatan atau Kerajaan;

(c) memaku, mengikat atau merantai apa-apa jua pada harta pihak berkuasa tempatan atau Kerajaan;

(d) mengalihkan, merungkai atau mengambil apa-apa harta pihak berkuasa tempatan atau Kerajaan;

(e) meludah, membuang air kecil atau membuang air besar di dalam atau pada mana-mana harta pihak berkuasa tempatan atau Kerajaan, melainkan di tempat yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan atau Kerajaan untuk tujuan itu;

( f) memotong, menggali, mengalihkan, mencabut atau merosakkan mana-mana pokok, tumbuhan atau tumbuh-tumbuhan yang ditanam atau diusahakan oleh pihak berkuasa tempatan di mana-mana tempat awam; atau

(g) mencemarkan, mencemarkan atau membuang sampah atau sisa ke mana-mana kolam, tasik, air pancut atau kolam renang kepunyaan atau diselenggara oleh pihak berkuasa tempatan atau Kerajaan.

(2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan di bawah perenggan (1) adalah melakukan suatu kesalahan: Penalti, denda RM1,500 bagi kesalahan pertama, dan denda selanjutnya RM3,000 atau penjara sembilan bulan bagi setiap kesalahan berikutnya.

Baca Juga:
Dulu kena pukul, tumbuk, sekarang warga Pakistan ini jadi ‘Bos’ ada 100 pekerja
Lelaki bakar kereta polis guna ‘molotov’ berjaya ditahan
Tular klinik desa di Johor usang macam rumah hantu, ini penjelasan Pengarah Kesihatan
CATEGORIES