Tak sempat berbuka puasa, isteri serang penyondol di tepi jalan

Tak sempat berbuka puasa, isteri serang penyondol di tepi jalan

Tak sempat berbuka puasa, isteri serang penyondol di tepi jalan. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang isteri menyerang wanita yang mengganggu rumah tangganya di tepi jalan menjelang waktu berbuka puasa, lapor laman berita SindoNews.

Kejadian berlaku di sebuah kedai bakso yang terletak di bandar Lubuklinggau, Sumatera Selatan kelmarin.

Berdasarkan video tersebut, seorang wanita bertudung hitam menyerang seorang wanita berambut perang sambil diperhatikan orang ramai di kedai tersebut.

Menurut pekerja kedai, wanita berambut perang itu memesan bakso daging untuk dibawa pulang pada pukul 4.30 petang (waktu tempatan). Tiba-tiba, wanita bertudung hitam itu datang menyerangnya.

Tak sempat berbuka puasa, isteri serang penyondol di tepi jalan

“Apabila gadis itu dicekup, seorang lelaki cuba masuk campur sehingga mangsa berjaya masuk ke dalam kedai semula,” katanya.

Wanita yang membeli bakso itu datang menaiki kereta bersama seorang lelaki. Lelaki itu tidak mengikutinya ke dalam kedai.

Wanita bertudung yang menyerangnya pula datang bersama anaknya juga dengan menaiki kereta.

Baca Lagi:
Respon win Siti Nurhaliza kepada Aliff Syukri buat ramai terhibur
Majlis berbuka puasa terpanjang di dunia, sepanjang 1,200 meter dihadiri 8,000 orang
Driver Axia dicekup buat maksiat dengan kekasih dipercayai pelajar sekolah
CATEGORIES