Tindakan seorang lelaki yang memberhentikan kenderaan untuk menolong orang kurang upaya (OKU) mengisi minyak di tepi jalan telah mendapat pujian daripada ramai orang.
Menerusi perkongsian video TikTok oleh @amzcateringhomestay, kejadian itu berlaku ketika dia melihat sebuah kereta di hadapan yang bergerak perlahan kerana kehabisan minyak.
Bagaimanapun, lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu menolak kenderaan tersebut ke bahu jalan.
Menurut pemilik video, dia dan isterinya kemudian terkejut apabila mengetahui orang yang mahu dibantu itu kelihatan tidak sempurna kerana kehilangan kedua-dua kakinya.
“Saya terkejut melihat dia dalam keadaan seperti itu turun dari kereta, dengan tar panas, selipar tak ada. Alhamdulillah suami dapat membantu,” kata isterinya.
Berdasarkan rakaman tersebut, individu kurang upaya itu turun dari kereta dengan mengesot badannya untuk menuangkan minyak daripada botol plastik yang dibawa.
Melihat ke ruang komen, kebanyakan pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.
“Terima kasih kepada orang yang baik, Alhamdulillah ada yang berhati mulia memberikan pertolongan,” komen @rogayah.
“Saya terharu dengan kebaikan kakak dan abang tapi terasa sedih melihat keadaan abang OKU itu, semoga urusannya dipermudahkan.” Komen @aisyah.
“Saya sentiasa mengajar hati saya untuk selalu berbaik sangka apabila kereta di hadapan bergerak sangat perlahan, dalam hati mendoakan agar urusannya dimudahkan,” komen @Hanum.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 218,700 tontonan, 14,300 tanda suka, dan 404 perkongsian.
@amzcateringhomestay Sedih bla dia turun mai tngok😭dia kurang upaya kaki kiri kanan x dak tp bawa kereta cr mkn🥲allah…#fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp @mashizamzam ♬ original sound – AMZ CATERING HOMESTAY PERLIS