Tak sampai sebulan dilancarkan, Proton e.MAS7 telah menerima tempahan lebih 2500

Photo of author

By Syima Iza

Tak sampai sebulan dilancarkan, Proton e.MAS7 telah menerima tempahan lebih 2500.

PRO-NET, syarikat subsidiari Proton, hari ini mengumumkan bahawa kenderaan elektrik pertama mereka, Proton e.MAS7, telah menerima sebanyak 2,500 tempahan setakat ini.

Proton e.MAS7 telah dilancarkan pada pertengahan bulan Disember 2024, dan ditawarkan dalam dua variasi dengan harga bermula RM109,800. Bagi 3000 pembeli terawal, rebat sebanyak RM4000 diberikan pada harga pembelian. Selain itu, pembelian kereta ini turut disertakan dengan beberapa penawaran – termasuk akses internet tanpa had selama 5 tahun, jaminan kenderaan tanpa had jarak pemanduan selama 6 tahun, serta jaminan bateri selama 8 tahun atau jarak perjalanan 160,000km.

Tak sampai sebulan dilancarkan, Proton e.MAS7 telah menerima tempahan lebih 2500

Pihak Proton turut menyatakan bahawa sambutan pengguna terhadap kereta elektrik ini sangat menggalakkan, sekali gus menunjukkan adanya peralihan pasaran yang positif ke arah kenderaan elektrik.

Proton e.MAS7 ditawarkan pada harga RM109,800 untuk versi Prime, manakala versi Premium pula dijual pada harga RM123,800. Tempahan boleh dibuat melalui 30 pengedar e.MAS di seluruh negara, atau melalui laman rasmi Proton e.MAS mulai hari ini.

Baca Lagi:
Orang Islam boleh ke pakai topi & baju santa claus? Ini jawapan dari Dr. Kamilin
Kenapa dinamakan ‘Teh tarik’, ini kisah sebenar yang ramai tak tahu
Penumpang Azerbaijan Airlines sempat hantar video sedang mengucap kepada isteri sebelum terhempas