Tak sampai sebulan dibebaskan dari penjara, bekas banduan ‘kerat 8’ buka akaun TikTok di kecam netizen

Photo of author

By Syima Iza

Tak sampai sebulan dibebaskan dari penjara, bekas banduan ‘kerat 8’ buka akaun TikTok di kecam netizen.

Baru-baru ini, kisah seorang bekas banduan telah menjadi perhatian ramai apabila dia dibebaskan dari penjara dan terlepas hukuman gantung atas kesalahan membunuh.

Bekas banduan itu bernama Khairul Anuar Zakaria, atau lebih dikenali sebagai Abah Hayat, telah dipenjarakan selama 23 tahun empat bulan atas kesalahan membunuh seorang lelaki di Taman Datuk Kumbar, Kedah pada 4 Jun 2001.

Tak sampai sebulan dibebaskan dari penjara, bekas banduan 'kerat 8' buka akaun TikTok di kecam netizen

Setelah dibebaskan dari tirai besi pada 3 Oktober lalu, Abah Hayat yang kini berusia 64 tahun itu dilihat telah membuka akaun TikToknya.

Bagaimanapun, ramai mempersoalkan tindakan Abah Hayat bermain TikTok lebih-lebih lagi apabila bio ditulis ‘kes pembunuhan kerat 8’ seolah-olah tidak mempunyai rasa simpati terhadap keluarga mangsa.

Tak sampai sebulan dibebaskan dari penjara, bekas banduan 'kerat 8' buka akaun TikTok di kecam netizen

Tak sampai sebulan dibebaskan dari penjara, bekas banduan 'kerat 8' buka akaun TikTok di kecam netizen

Difahamkan, selepas ramai yang menegur mengenai perkara itu, bio di akaun terbabit ditukar semula.

Bukan itu sahaja, pengguna di platform X juga mempersoalkan segelintir pengguna TikTok yang dilihat menyokong video dan penstriman langsung Khairul Anuar yang berkongsi mengenai kisah hidupnya.

Tak sampai sebulan dibebaskan dari penjara, bekas banduan 'kerat 8' buka akaun TikTok di kecam netizen

Tak sampai sebulan dibebaskan dari penjara, bekas banduan 'kerat 8' buka akaun TikTok di kecam netizen

Tak sampai sebulan dibebaskan dari penjara, bekas banduan 'kerat 8' buka akaun TikTok di kecam netizen

Abah Hayat menyesal, bertaubat

Abah Hayat yang ditemui media meluahkan rasa kesal atas perbuatan jenayah yang dilakukannya dan mengakui bahawa ketika itu dia jauh dari Allah sehingga hawa nafsu menguasai dirinya.

Katanya, kehidupan di sebalik tirai besi banyak mengajarnya untuk menjadi manusia yang lebih baik dan berharap masyarakat dapat menerimanya.

Menurutnya lagi, dia berhasrat untuk terus memberikan motivasi kepada bekas banduan yang pernah menjadi anak didiknya semasa di penjara sebelum ini.

Baca Lagi:
Tegur anak polis, guru sekolah kena penjara
Pemuda kongsi kisah peluk Islam, mengaku hidup tenang seperti dilahirkan semula
Ahli perniagaan kahwin sebanyak 28 kali, isteri tua paling setia siap tidur sekali dengan isteri muda