Tak sampai sebulan ambil alih jawatan, Ketua Polis Pulau Pinang terima ugutan

Tak sampai sebulan ambil alih jawatan, Ketua Polis Pulau Pinang terima ugutan

Tak sampai sebulan ambil alih jawatan, Ketua Polis Pulau Pinang terima ugutan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin menyifatkan ugutan jenayah yang diterima daripada sindiket along adalah lumrah dalam melaksanakan tugas membanteras aktiviti dan sindiket haram.

Menurutnya, sebagai Ketua Polis Pulau Pinang beliau dan seluruh anggotanya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti haram.

Tak sampai sebulan ambil alih jawatan, Ketua Polis Pulau Pinang terima ugutan

Malah tegasnya, pihak polis tidak akan tunduk terhadap sebarang ancaman atau ugutan pihak tidak bertanggungjawab.

“Memang saya ada menerima ugutan apabila membongkar serta melumpuhkan sindiket terlibat jenayah di negeri ini.

“Bagaimanapun, saya tidak akan berkompromi atau bersekongkol dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti haram di negeri ini,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Sabtu.

Kok Chin yang baharu mengambil alih jawatan Ketua Polis Pulau Pinang tidak sampai sebulan berkata, pihaknya akan terus mengambil tindakan yang lagi tegas terhadap mereka yang mengugut dan memberi ancaman kepadanya mahupun warga Polis Pulau Pinang.

Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka berhubung ugutan ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Pada Sabtu, tular satu laporan yang mendakwa Kok Chin menerima satu surat ugutan jenayah dipercayai daripada sindiket along.

Difahamkan, surat itu mengandungi ugutan berbunyi balai polis akan dibakar sekiranya Kok Chin terus mengambil tindakan terhadap sindiket berkenaan.

Surat tersebut dicetak dalam bahasa Melayu selain dihantar ke pejabat beliau menerusi hantaran pos pada 1 Jun lalu.

Baca  Lagi:
Wanita terima wang tunai hampir 1 juta, 50 rantai ketika majlis pertunangan
“Papa dan mama meninggal pergi kerja” – Jawapan murid tahun 1 buat cikgu nak panjat tiang bendera
Pemandu e-hailing dirakam asyik usap kemaluan ketika bawa penumpang
CATEGORIES