Tak puas hati ditegur kerana tak pakai helmet, 2 remaja baling pasu ke arah balai polis

Tak puas hati ditegur kerana tak pakai helmet, 2 remaja baling pasu ke arah balai polis

Gara-gara membaling pasu bunga ke arah pagar Balai Polis Serdang, dua remaja lelaki ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata kedua-dua suspek berusia 17 tahun itu ditahan di Taman Serdang Jaya, Seri Kembangan pada jam 4 petang.

“Semakan dilakukan mendapati seorang daripada suspek adalah pelajar, manakala suspek kedua adalah penganggur.

Tak puas hati ditegur kerana tak pakai helmet, 2 remaja baling pasu ke arah balai polis

“Dengan dipandu arah oleh kedua-dua suspek, kami merampas serpihan batu atau pasu yang digunakan dalam tiga kejadian khianat.

“Ini termasuk kes khianat terhadap pagar Balai Polis Serdang yang dipercayai dilakukan oleh dua suspek terbabit pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Anbalagan berkata, pihak polis turut merampas pakaian yang dipakai oleh kedua-duanya pada hari kejadian dan mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan dua individu yang tidak puas hati selepas ditegur anggota polis kerana tidak memakai topi keledar bertindak membaling pasu bunga ke arah pagar Balai Polis Serdang pada 2 Jun lalu.

Sumber

Baca Juga:
Pemandu e-hailing burukkan Malaysia, hina agama Islam depan pelancong dikecam
Peguam ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri
Kedai makan hidang makanan pelanggan atas barang-barang kegunaan harian jadi tumpuan
CATEGORIES