“Tak pernah masuk gelanggang, tapi ajar aku suruh tumbuk kanan, sepak kiri, aku tampar muka kau karang”

Photo of author

By Syima Iza

“Tak pernah masuk gelanggang, tapi ajar aku suruh tumbuk kanan, sepak kiri, aku tampar muka kau karang”.

Dia menjelaskan perkara itu selepas ucapannya tular susulan kecaman negatif yang diterimanya setelah mengalami kekalahan kali kedua dalam saingan One Championship 170 di Bangkok, baru-baru ini.

“Orang yang tidak pernah masuk gelanggang, mereka kata aku tidak cukup itu dan ini. Ramai yang senang cakap, suruh aku tumbuk kanan, sepak kiri. Aku tampar muka kau karang sekali.”

"Tak pernah masuk gelanggang, tapi ajar aku suruh tumbuk kanan, sepak kiri, aku tampar muka kau karang"

“Menyakitkan hati. Orang seperti ini tidak pernah ada disiplin dan tidak pernah mencapai apa-apa.” katanya dalam sebuah podcast yang menjadi tular.

Terdahulu, petarung berusia 18 tahun itu kini dalam fasa menyesuaikan diri dengan pelbagai strategi bagi meningkatkan kemahirannya pada masa akan datang.

“Jadi, untuk pertarungan seterusnya, saya perlu mengubah strategi dan corak pertarungan.

“Seperti yang Rodtang dan Superbon katakan kepada Jojo, kemahiran tinju Jojo sudah bagus, cuma dia perlu menambah baik aspek sepakan dan siku supaya lebih mantap,” tambahnya sebelum ini.
Baca Juga:
‘Patutlah cepat habis’- Doktor ini dedah kuantiti sebenar ubat gigi perlu diguna untuk setiap individu
Pelancong selamba ‘Kencing’ sebelah kereta Timbalan Ketua Polis
‘Sedap atau tak jeruk mangga Aliff Syukri?’- Lelaki ini ada jawapanya