Tak pernah lulus sejak tingkatan 3, calon SPM menangis terkejut dapat Matematik A

Tak pernah lulus sejak tingkatan 3, calon SPM menangis terkejut dapat Matematik A

Seorang calon SPM menangis kegembiraan selepas mengetahui dia berjaya mendapatkan gred A bagi mata pelajaran Matematik.

Menerusi satu perkongsian di TikTok @psssebesta, pelajar yang bernama Muhammad Aqil Azhari seolah-olah tidak percaya melihat keputusan peperiksaan SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia miliknya.

Dalam video tersebut, individu yang mengambil rakaman itu mendekati Muhammad Aqil dan bertanya sama ada dia gembira melihat keputusannya.

Tak pernah lulus sejak tingkatan 3, calon SPM menangis terkejut dapat Matematik A

Muhammad Aqil yang kelihatan sedikit terpinga-pinga menyatakan kegembiraannya sebelum kembali meneliti keputusan peperiksaannya bagi semua subjek.

Sebaik sahaja memandang keputusan subjek yang paling ‘ditakutinya’ iaitu Matematik, Muhammad Aqil menangis kegembiraan kerana tidak menyangka akan mendapat gred A.

Muhammad Aqil kemudian menjelaskan di ruangan komen bahawa sebelum ini dia tidak pernah lulus mata pelajaran tersebut sejak dari Tingkatan Tiga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Muhammad Aqil di samping menyuarakan rasa terharu mereka.

Menerusi tinjaun ke akaun TikTok Muhammad Aqil, dia mengambil sembilan mata pelajaran dalam peperiksaan SPM dan memperoleh tiga A, satu A-, empat B dan satu subjek gagal.

Tak pernah lulus sejak tingkatan 3, calon SPM menangis terkejut dapat Matematik A

Baca Juga:
Rumah berhantu beri petunjuk nombor ramalan diserbu penduduk kampung
Lelaki menyamar wanita berpurdah masuk ruang solat wanita dicekup AJK masjid
Bekas pekerja bersyukur terima pencen liat, puji Siti Nurhaliza majikan terbaik
CATEGORIES