Tak pernah dibuat orang, pelanggan kecewa dapat ‘chicken chop’ disajikan bersama sayur sawi

Photo of author

By Syima Iza

Tak pernah dibuat orang, pelanggan kecewa dapat ‘chicken chop’ disajikan bersama sayur sawi.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas menerima hidangan chicken chop yang disajikan bersama sayur sawi.

Menerusi sebuah hantaran di Facebook oleh Suriana Nasir, beliau memaparkan chicken chop yang disajikan dengan beberapa helai daun sayur sawi.

Tak pernah dibuat orang, pelanggan kecewa dapat 'chicken chop' disajikan bersama sayur sawi

“Entahlah nak cakap macam mana. Tak pernah dibuat orang makan chicken chop dengan sayur sawi. Berniaga biar ikhlas, orang beli nak makan, bukan nak buang,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Wanita itu turut menegur peniaga supaya memastikan kualiti makanan selaras dengan harga, menekankan keperluan untuk menawarkan hidangan yang berpatutan dan memenuhi cita rasa pelanggan.

Luahan tersebut mendapat perhatian ramai, dengan rata-rata netizen turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan peniaga itu.

“Masalahnya chicken chop letak garam kunyit sahaja. Itu bukan chicken chop. Kenapa buat makanan jual macam ini? Kasihan pada yang nak makan itu,” ujar Shamsiah Razak.

“Itulah, bila orang nak berniaga, kita pun nak berniaga tapi tidak pandai. Lebih baik tak payah berniaga,” komen Lina Amoi.

Beberapa netizen turut berkongsi pengalaman serupa termasuk menerima hidangan yang tidak menepati citarasa.

“Kita beli chicken chop special, ingatkan ada keju. Rupanya tambah telur mata. Terkejut saya, tak pernah dibuat orang makan chicken chop dengan telur mata,” tambah Nur Syuhaila Mokhtar.

Baca Lagi:
Senarai 16 masjid tidak sah solat jumaat
Tular rakaman pekerja cuci puncak menara KLCC buat ramai yang tengok rasa ‘kecut perut’
Lelaki buat ujian DNA kerana sangsi anak terlalu cantik terkejut dengan keputusan ujian