Tak pernah dibuat orang, kedai ini guna daun pisang balut burger

Photo of author

By Syima Iza

Tak pernah dibuat orang, kedai ini guna daun pisang balut burger.

Burger tepi jalan sememangnya satu makanan yang cukup sinonim dengan orang Malaysia. Bahkan para pelancong yang datang ke negara ini pasti tidak melepaskan peluang untuk menikmatinya.

Daripada zaman burger dibalut tisu, kemudian plastik, kini ada sebuah gerai menjual burger yang dibalut menggunakan daun pisang. Baru-baru ini geng KL Foodie telah ‘terjah’ sebuah kedai burger terkenal di Puchong, Burger Ji Legend.

Tak pernah dibuat orang, kedai ini guna daun pisang balut burger

Menawarkan pelbagai jenis burger, menu terbaharunya ‘Burger Crispy Daun Pisang’ ternyata meraih perhatian ramai.

“Ini burger crispy yang dibalut guna daun pisang. Jadi anda boleh rasa aromanya yang sedap pada burger ini apabila makan di rumah nanti,” kata Ganesh, pemilik bisnes burger yang dijalankan sejak tahun 2018 lalu.

Nampak sedap dan menyelerakan, burger itu diletakkan curahan sos cili dan sos keju di atas ayam goreng rangup.

Selain itu, kobis ungu segar dijadikan ‘lapik’ bagi menampung ayam goreng rangup bersaiz besar yang ada di dalam burger tersebut.

Ramai netizen berasa kagum melihat ‘inovasi’ tersebut yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Tak pernah dibuat orang, kedai ini guna daun pisang balut burger Tak pernah dibuat orang, kedai ini guna daun pisang balut burger

Tambah warganet, pada masa sama ia turut membantu pengurangan penggunaan plastik.

Memetik temu bualnya bersama Free Malaysia Today, sebelum menjalankan bisnes burger sendiri, Ganesh pernah bekerja dengan rangkaian makanan segera selama sembilan tahun.

Selain burger balut daun pisang, Burger Korea turut menjadi pilihan utama para pelanggan yang datang berkunjung di gerainya.

@kl.foodie Banana Leaf Burger 📍 @burgerjilegend08 #streetfood #klfoodie #kl #makanlokal ♬ original sound – klfoodie

Ganesh mempunyai dua buah gerai yang terletak di Puchong dan Taman OUG. Beliau turut akan membuka gerai ketiga di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Burger Ji Legend dibuka mulai 5 petang sampai 10 malam setiap hari, kecuali Ahad.

Baca Juga:
Suami makan hati dengan isteri, badan makin membesar ajak jogging tak mahu
Dua warga emas bergaduh sampai berguling atas tanah kerana berebut suami
Celine Dion dibayar RM9 juta hanya nyanyi satu lagi di Olimpik Paris 2024