Tak perlu tunggu 8 bulan, dalam masa 24 jam Dr Akmal berjaya sedia kerusi meja untuk pelajar sekolah agama

Tak perlu tunggu 8 bulan, dalam masa 24 jam Dr Akmal berjaya sedia kerusi meja untuk pelajar sekolah agama

Masalah ketiadaan kerusi dan meja yang menyebabkan pelajar di sebuah sekolah agama di Melaka terpaksa menjalani pembelajaran di lantai berjaya diselesaikan oleh Dr. Akmal Saleh dalam tempoh 24 jam.

Perkembangan tersebut dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menerusi video yang dimuat naik di TikTok, hari ini.

Berdasarkan video berdurasi lebih dua minit itu, sebanyak 36 kerusi dan meja disediakan kepada kelas tersebut.

Tak perlu tunggu 8 bulan, dalam masa 24 jam Dr Akmal berjaya sedia kerusi meja untuk pelajar sekolah agama

“Alhamdulillah, meja dan kerusi anak-anak selesai dalam tempoh 24 jam. Tak perlu tunggu lapan bulan melayan birokrasi yang melampau.

“Semoga anak-anak kita ini dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Akmal ‘mengamuk’ selepas mendapat tahu pelajar di sekolah tersebut tidak mempunyai meja dan kerusi untuk belajar.

Akmal juga terkejut apabila diberitahu kelengkapan itu tidak disediakan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), meskipun telah menerima peruntukan akhir tahun lalu.
@drakmalsaleh Alhamdulilah meja dan kerusi anak2 selesai dalam 24 jam Tidak perlu tunggu 8 bulan melayan birokrasi yang melampau Moga anak2 kita ini dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa #drakmalsaleh #yangberkhidmat ♬ A Warrior – Lux-Inspira

Mengulas lanjut, Akmal berkata, bantuan berkenaan merupakan keperluan yang mendesak bagi mewujudkan persekitaran yang baik untuk pelajar.

“Jadikan ini, isytihar aset sahaja. Kalau lagi tiga bulan dapat (kerusi dan meja), pandailah ustazah masukkan ke kelas baru yang lain,” ujarnya.

Baca Juga:
Dr Akmal ‘bantai’ JAIM biarkan 34 murid sekolah agama belajar atas lantai
Kambing ragut rumput buaya ‘sambar’ buat kenduri di sungai Klebang
Lelaki selamba curi baju, seluar dalam wanita berjaya dirakam
CATEGORIES