Tak perlu cecair pencuci, Ini cara mudah bersihkan saliran tempat mandi yang kotor

Tak perlu cecair pencuci, Ini cara mudah bersihkan saliran tempat mandi yang kotor

Tak perlu cecair pencuci, Ini cara mudah bersihkan saliran tempat mandi yang kotor. Saliran tempat mandi adalah tempat yang sering dilupakan tetapi amat sukar untuk dibersihkan, apabila ia menjadi kotor!

Apabila anda berpindah ke pangsapuri baru, adalah menjadi masalah biasa untuk menguruskan saliran yang kotor atau tersumbat di bilik mandi. Petua ini memastikan bahawa anda tidak akan lagi menghadapi masalah untuk membeli detergen yang berharga mahal ataupun menyental berkali kali sekiranya anda menghadapi saliran mandi yang mempunyai kotoran dan batu kapur yang degil!

Sekiranya anda tidak memelihara kebersihan di bilik mandi, saliran pembuangan akan lama-kelamaan menjadi sumber segala macam isu, contohnya tersumbat atau menghasilkan bau yang menjijikkan.

Tak perlu cecair pencuci, Ini cara mudah bersihkan saliran tempat mandi yang kotor

Situasi sebegini pasti tidak menyelesakan. Bilik mandi yang kotor dan tersumbat pasti mudah sahaja menarik perhatian serangga serta bakteria dan kuman yang tidak kelihatan secara kasarnya.

Banyak isu dapat dicegah dengan cara pembersihan sederhana ini yang kami kongsikan kepada anda hari ini. Takut kerana terpaksa mengeluarkan banyak wang untuk perkhidmatan paip? Tidak akan berlaku lagi! Ia akan menolong anda mengelakkan kos tambahan yang sememangya tidak perlu, bahkan juga, anda bakal menjimatkan banyak wang untuk membeli produk pencuci. Anda hanya memerlukan barang keperluan rumah yang sememangnya sudah wujud di pantri!

Bahan yang anda perlukan sangat mudah untuk didapati di mana-mana sahaja. Anda juga tidak perlu berbelanja banyak untuk membeli cecair pencuci di kedai.

 Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Cuka kuantiti 100 ml (lebih baik yang disuling berbanding organik)
  • 50 g serbuk penaik
  • Air panas

Tak perlu cecair pencuci, Ini cara mudah bersihkan saliran tempat mandi yang kotor

Pertama, dapatkan skala penimbang di dapur dan timbang bahan-bahan tersebut menggunakan bekas yang berasingan, sebelum dicampurkan. Sekiranya anda tidak mempunyai skala, tidak ada masalah – cuba kekalkan nisbah 1: 2 soda bagi serbuk penaik dan cuka! Sekarang, tuangkan bahan-bahan itu, gaul sebati dan masukkan ke longkang saliran. Campuran akan mula berbuih kerana reaksi antara serbuk penaik yang bersifat alkali dengan cuka yang bersifat berasid – inilah yang meudahkan untuk singkirkan kesemua kotoran di tempat yang sukar dijangkau, seperti saliran air. Setelah anda menuangnya, biarkan selama kira-kira 2 jam, kemudian siramkannya dengan menggunakan air hangat.

Bahan bahan yang senang ditemui, murah dan semula jadi ini adalah alat pencuci terbaik untuk anda gunakan. Bahan itu tidak berbahaya langsung, jika dibandingkan dengan bahan kimia yang berbahaya dalam produk pencuci komersial yang terdapat di pasaraya. Tambahan lagi, anda boleh menggunakan kaedah ini sekerap yang anda mahukan!

Sekiranya anda mendapati petua pembersih ini berguna, pastikan untuk kongsikannya dengan rakan-rakan anda!
Baca Lagi:
Netizen bengang kereta ‘total lost’ dilanggar pemandu mabuk berlumba
Gerai roti canai popular diarah tutup selepas dikesan telur ada tahi ayam
Cara ‘Renew’ lesen online dengan mudah dan cepat, tak perlu beratur panjang lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *