Tak perlu beli perangkap lipas, ini 5 tip mudah halau lipas dalam kereta

Photo of author

By Syima Iza

Tak perlu beli perangkap lipas, ini 5 tip mudah halau lipas dalam kereta.

Lipas memang dikenali sebagai serangga perosak yang gemar menghuni tempat gelap dan kotor.

Dengan tabiatnya yang suka memakan sisa makanan, tidak hairanlah ia menjadi musuh nombor satu bagi ramai orang.

Tak perlu beli perangkap lipas, ini 5 tip mudah halau lipas dalam kereta

Seperti yang diketahui, lipas bukan sahaja tinggal di dalam rumah, malah mereka juga boleh menjadikan kereta sebagai “rumah kedua”.

Terutamanya jika anda jenis yang suka makan dan minum di dalam kereta. Bayangkan, sedang seronok memandu, tiba-tiba nampak lipas melintas di dashboard. Memang geli, kan?

Jika dibiarkan, ‘keluarga lipas’ boleh membiak, menjadikan kereta kotor dan berbau.

Jangan risau, berikut adalah 5 tip mudah untuk memastikan kereta anda kekal bersih dan bebas lipas:

1. Gunakan serai atau air serai wangi

Serai bukan sahaja berguna dalam masakan, tetapi juga sebagai senjata ampuh untuk menghalau lipas.

Anda hanya perlu letakkan beberapa batang serai di dalam kereta atau semburkan air serai wangi di kawasan yang sering didatangi lipas.

Bau harum atau menyengat serai wangi cukup untuk membuatkan lipas lari lintang-pukang.

@altimatautogarage Ini dia 5 cara untuk elak lipas masuk kereta! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelkeretakuang #bengkelkeretasungaibuloh #tipskereta #baikikereta #automotif #aitomotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #servis ♬ original sound – Altimat Auto Garage

2. Letak sabun buku di dalam kereta

Sabun mandi berbentuk buku juga boleh digunakan. Letakkan sabun di tempat yang sering menjadi ‘kawasan kegemaran’ lipas seperti bawah tempat duduk, bonet, atau tempat letak kaki.

Bau wangi sabun yang tahan lama akan menghalang lipas daripada menghampiri kereta anda.

3. Sembur jus lemon

Perah jus lemon ke dalam botol semburan dan semburkan di tempat yang disyaki menjadi persembunyian lipas.

Selain menghalau lipas, kereta anda juga akan berbau segar seperti baharu. Dua dalam satu!

4. Gunakan rempah empat sekawan

Rempah empat sekawan bukan hanya untuk menambah aroma dalam masakan, tetapi juga berkesan menghalau lipas.

Masukkan buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, dan kulit kayu manis ke dalam plastik kecil, kemudian letakkan di beberapa sudut kereta.

Bau rempah ini cukup untuk membuatkan lipas tidak betah tinggal di situ.

5. Cuci kereta secara berkala

Ini langkah yang paling penting. Jika anda jenis yang suka makan dalam kereta, pastikan kenderaan sentiasa bersih.

Sisa makanan adalah punca utama lipas datang bertandang.

Tidak perlu ke pusat cuci kereta setiap minggu. Cuci sendiri di rumah pun memadai asalkan tiada kekotoran tertinggal.

Dengan lima langkah mudah ini, anda bukan sahaja dapat menghalau lipas tetapi juga memastikan kereta kekal bersih, wangi, dan selesa.

Jadi, selepas ini, tidak perlu lagi risau memandu dengan “tetamu tak diundang” di dalam kereta!

Baca Juga:
Indonesia dakwa Malaysia ada harta karun bernilai RM138.4 bilion, ini perkara sebenar yang ramai tak tahu
Pengunjung zoo terkejut lihat buaya kurus kering macam bangkai
‘Supercar’ McLaren bernilai hampir RM1 juta putus dua dalam kemalangan ngeri