“Tak pedas ke?” – Lelaki makan bihun sup letak semangkuk sambal, cili potong buat ramai terkejut

“Tak pedas ke?” – Lelaki makan bihun sup letak semangkuk sambal, cili potong buat ramai terkejut

Menerusi video, lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa makan makanan pedas.

Setiap individu pasti mempunyai citarasa tersendiri terhadap makanan, sebagai contoh ada yang sukakan pedas, manis, masin, masam dan sebagainya.

Malah bagi segelintir penggemar makanan pedas pastinya mereka akan menggunakan cili yang lebih untuk memastikan hidangan tersebut kena dengan citarasanya.

Cara lelaki makan bihun sup raih perhatian

"Tak pedas ke?" - Lelaki makan bihun sup letak semangkuk sambal, cili potong buat ramai terkejut

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang lelaki yang membuatkan ramai terkesima sebaik melihat tindakannya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Nurkhalida di TikTok, awalnya kelihatan lelaki tersebut telah memesan semangkuk kuetiau dan bihun sup di sebuah kedai makan.

Letak semangkuk sambal dan cili potong

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah lelaki terbabit telah bertindak meletakkan satu mangkuk kecil sambal dan beberapa sudu cili potong ke dalam hidangan makanan tersebut.

Tindakan lelaki yang dipercayai berasal dari utara itu telah membuatkan individu yang berdekatan terkejut.

“Tak pedas ke?” soal seorang individu.

Minta jangan bimbang kerana letak banyak sambal dan cili

Lelaki itu kemudian menjawab tidak, sebaliknya turut bertanya jenis cili yang digunakan malah turut meminta orang itu tidak bimbang kerana dia sering makan begitu.

@kellyda_96 #bihunsupzaman #smkgp #cabaimerah #bsz ♬ original sound – nurkhalida_kellyda

“Saya tahulah saya selalu makan, jangan risau,” kata lelaki berkenaan.

Sebaik menghirup sup yang telah diletakkan sambal dan cili itu, lelaki berkenaan memuji rasanya yang sedap. Malah, dia kelihatan sangat bersahaja sewaktu memakan makanan berkenaan.

Ramai turut rasa terliur tengok lelaki makan bihun sup

Melihat di ruangan komen, ramai yang terliur melihat lelaki itu memakan bihun sup berkenaan. Malah, ada yang turut bertanya di manakah lokasi kedai makan berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang bimbang melihat lelaki tersebut memakan makanan yang dianggap terlalu pedas kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti usus luka dan sebagainya.

Menerusi carian kami, video ini telah dimuat naik pada 26 Jun yang lalu dan menjadi sohor di media sosial.

“Best ni, sedap woi”

"Tak pedas ke?" - Lelaki makan bihun sup letak semangkuk sambal, cili potong buat ramai terkejut

Baca Juga:
‘Melihat pun dah sakit, inikan pula tulis nama anaknya di kubur’
Detik cemas 7 sekeluarga saling berpelukan sebelum maut dihanyutkan kepala air
‘Besar dan panjang’ – Lelaki terserempak ular sawa batik sedang melintas jalan
CATEGORIES