Tak pasal-pasal kena qada puasa, masjid laung azan maghrib 4 minit awal

Photo of author

By Syima Iza

Pengurusan Masjid Prima Saujana Kajang di sini memohon maaf kepada jemaah kerana telah melalukan azan Maghrib empat minit lebih awal sebelum masuk waktu sebenar pada semalam disebabkan masalah teknikal.

Nazir Masjid Prima Saujana Kajang, Mohamad Asri Harun, dalam satu kenyataan, berkata jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan Maghrib dari Masjid Prima Saujana Kajang untuk berbuka puasa pada hari berkenaan, puasa mereka adalah terbatal serta perlu diganti atau diqada.

Tak pasal-pasal kena qada puasa, masjid laung azan maghrib 4 minit awal

“Pihak masjid sudah merujuk perkara berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan segala kesulitan amat dikesali,” katanya.

Baca Juga:
Lelaki usia 59 tahun telan cicak hidup-hidup untuk tingkat prestasi di ranjang
Lelaki warga Israel miliki enam pucuk pistol untuk bunuh seseorang jadi tanda tanya
Gelang tangan menyerupai pita pelekat harga hampir RM19,000