Tak bayar hutang ah long, kereta jiran pun kena simbah cat, siap tinggal nota ugutan

Photo of author

By Syima Iza

Tak bayar hutang ah long, kereta jiran pun kena simbah cat, siap tinggal nota ugutan.

Polis sedang mengesan suspek bagi membantu siasatan berhubung kes simbah cat membabitkan dua buah pagar rumah dan tiga buah kenderaan dalam kejadian di Taman Selaseh, Fasa 2, dekat Batu Caves hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun yang membuat laporan kenderaannya jenis Proton Iriz telah disimbah cat.

Tak bayar hutang ah long, kereta jiran pun kena simbah cat, siap tinggal nota ugutan

Susulan laporan itu, polis telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mendapati dua buah pagar rumah dan tiga kereta – Proton Iriz, Proton Persona dan Perodua Myvi telah disimbah cat merah.

“Perbuatan ini ditujukan kepada salah sebuah rumah di jalan yang sama.

Tak bayar hutang ah long, kereta jiran pun kena simbah cat, siap tinggal nota ugutan

“Kejadian dipercayai dilakukan oleh pemberi pinjam wang tanpa lesen (ah long) berdasarkan penemuan sehelai nota berunsur ugutan jenayah yang ditujukan kepada penghuni rumah tersebut supaya melangsaikan hutang,” katanya dalam kenyataan.

Noor Ariffin memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.

Katanya, aduan tersebut juga boleh dibuat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Insp. Ahmad Irwan Mohammad ditalian 019-5712477 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di nombor 03-61262222.

Baca Juga:
Wanita pulang dari kerja terkejut lihat cara suami sidai kain
Viral abang ‘Kopi Dukung’ pikul tong 20kg, laku 100 cawan sehari
Pelajar 16 tahun dakwa dirogol sarjan polis dalam kereta