Taib Mahmud ‘Dilarikan’ isteri dari ICU hospital tanpa kebenaran, pegawai kesihatan lapor polis

Taib Mahmud ‘Dilarikan’ isteri dari ICU hospital tanpa kebenaran, pegawai kesihatan lapor polis

Taib Mahmud ‘Dilarikan’ isteri dari ICU hospital tanpa kebenaran, pegawai kesihatan lapor polis.

Seorang pegawai perubatan membuat laporan polis susulan tindakan isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, 88, mengeluarkan beliau dari Unit Rawatan Rapi, Pusat Pakar Rawatan Normah di Kuching tanpa kebenaran.

Mengikut laporan polis yang dilihat oleh The Vibes, Toh Puan Raghad Kurdi Taib tiba di hospital itu pada jam 11.56 malam Sabtu lalu, diiringi pengawal peribadi dan pembantunya.

Taib Mahmud 'Dilarikan' isteri dari ICU hospital tanpa kebenaran, pegawai kesihatan lapor polis

“Walaupun sudah diberitahu mengenai keadaan pesakit yang memerlukan rawatan rapi di hospital, saya dimaklumkan oleh jururawat bahawa beliau (Ragad) tetap bertegas untuk menanggalkan segala alat perubatan yang dipasang ke badan pesakit tanpa pengetahuan kakitangan ICU yang bertugas,” menurut laporan polis oleh pegawai perubatan, Dr Mohd Nazrin Jefri yang bertugas ketika kejadian.

Laporan itu juga menyebut, Abdul Taib kemudiannya dibawa keluar oleh Ragad, pembantu dan pengawal peribadinya dengan menggunakan kerusi roda menuju ke kereta Toyota Alphard hitam yang sedang menunggu di lobi hospital terbabit.

Menurut laporan itu juga, Dr Mohd Nazrin berulang-kali memberi penjelasan kepada Ragad bahawa tindakannya membawa keluar Abdul Taib daripada jagaan pihak hospital boleh membahayakan keadaan pesakit.

Laporan polis itu turut menyatakan bahawa pihak hospital sudah menerima salinan surat daripada peguam, Alvin Chong and Partners yang ditujukan kepada Ragad, yang mengarahkan beliau memaklumkan kepada mereka, sekiranya Abdul Taib sudah dibenarkan keluar oleh doktor.

Pada masa sama, pengarah hospital terbabit juga sudah mengeluarkan arahan supaya pesakit kekal menerima rawatan di hospital dan jika dia dibawa keluar tanpa kebenaran pegawai perubatan atau ‘dilarikan’ oleh mana-mana ahli keluarga atau isteri, individu terbabit wajib menandatangani borang pelepasan nasihat perubatan pelepasan.

Jika gagal berbuat demikian, tiada perkhidmatan kesihatan akan diberikan kepada pesakit pada masa akan datang.

Abdul Taib yang mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 1 Mac 2014, digantikan oleh Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 26 Januari lalu.

Terdahulu, khabar angin mengenai keadaan kesihatan Abdul Taib tersebar sejak Jun lalu, malah sambutan ulang tahunnya yang ke-87 turut ditangguhkan tanpa sebarang penjelasan.

Baca Juga:
Lelaki dari Kelantan dedah kena tolak dengan bakal mentua, rupanya sebab ini
Lelaki maut didakwa diserang anggota polis, keluarga mahu tuntut keadilan
Lemon berusia 285 tahun ditemui dalam kabinet antik dilelong RM8,406
CATEGORIES