“Tahun pertama puasa tanpa mak”- Wanita ini siapkan lauk frozen untuk ayah berbuka buat ramai sebak

Photo of author

By Syima Iza

“Tahun pertama puasa tanpa mak”- Wanita ini siapkan lauk frozen untuk ayah berbuka buat ramai sebak.

Berbuka puasa bersama keluarga sememangnya satu momen bermakna, namun tidak semua berpeluang menikmatinya.

Bagi mereka yang tinggal jauh dari keluarga atau baru kehilangan ibu bapa tercinta, pastinya Ramadan kali ini terasa berbeza dan lebih mencabar.

"Tahun pertama puasa tanpa mak"- Wanita ini siapkan lauk frozen untuk ayah berbuka buat ramai sebak

Bekalan Lauk Sejuk Beku untuk Bapa

Menerusi satu video yang dikongsi di akaun TikTok @dapurhana_hq, seorang wanita berkongsi persiapan bekalan lauk sejuk beku yang telah disediakannya di dalam peti sejuk.
@dapurhana_hq Lauk Frozen Utk Ayah🥰 Tahun pertama ayah tanpa isteri di sisi🥺 Semoga dipermudahkan urusan ayah berpuasa tahun ini.. Aamiin🤲 #dapurhana #ramadhan2025 #ramadhan #masakmasak #masakdirumah #masak #ayah #makayah ♬ bunyi asal – 𝐬𝐢𝐢𝐦_𝐩𝐚𝐠𝐞 🇲🇾

Difahamkan, wanita itu melakukan persiapan ini bagi memudahkan bapanya berbuka puasa, selepas dia kehilangan ibu tercinta baru-baru ini.

Antara lauk yang disediakan termasuk:

  • Ikan keli cili api
  •  Kari ayam
  •  Sambal tauhu
  •  Rendang ayam
  •  Ikan bawal masak merah
  •  Asam pedas daging

…dan pelbagai lagi hidangan lazat.

Usaha wanita ini mendapat pujian ramai kerana menunjukkan kasih sayang dan perhatian terhadap bapanya. Ramadan tahun ini pastinya memberi makna tersendiri buat mereka sekeluarga.

Baca Juga:
“Selepas belasan tahun kahwin, aku baru tahu yang suami guna bomoh untuk dapatkan aku, akhirnya ini yang jadi…”
Kucing minta sedekah di bazar Ramadan raih perhatian ramai
3 cerita legend ini berasal dari Malaysia bukan Indonesia