Tabung gas meletup dalam kereta, 3 beranak melecur

Tabung gas meletup dalam kereta, 3 beranak melecur

Tabung gas meletup dalam kereta, 3 beranak melecur.

Letupan melibatkan sebuah kereta yang mencederakan tiga beranak di Taman Industri Ringan Sri Mergong, di sini tengah hari tadi dipercayai berpunca daripada tabung gas oksigen di dalam kereta tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, terdapat dua tong gas di dalam kereta itu yang berisi gas untuk kegunaan bantuan pernafasan.

Tabung gas meletup dalam kereta, 3 beranak melecur

“Tiga beranak itu pergi ke lokasi untuk mengisi dua tabung gas bagi kegunaan bantuan pernafasan. Selesai mengisi gas, kedua-dua tong gas dimasukkan ke dalam kereta untuk pulang ke kampung sebelah isteri di Kempas, Johor. Tiba-tiba tong gas itu meletup,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Shukri berkata, berikutan kejadian itu, ketua keluarga tersebut bersama anak mengalami kecederaan serius pada badan, manakala mangsa wanita mengalami kecederaan ringan.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan tiga beranak masing-masing dikenali sebagai Tuah Omar, 54; Noor Azllina Abu Bakar, 34, dan Mohamad Firdaus, 5, melecur dalam kejadian tersebut.

Menurut pihak bomba, Tuah dianggarkan melecur 80 peratus manakala isterinya melecur 30 peratus, sementara Mohamad Firdaus pula dianggarkan melecur sehingga 95 peratus.

Baca Lagi:
7 senarai jenama jam tangan paling mahal di dunia, PMX pernah pakai jenama no.7
Ibu wanita hilang tidak percaya video anak ‘selamat’, rayu selamatkan anaknya di Myanmar
10 jenis kucing paling mahal di dunia, no 6 dan 5 ramai yang geli nak bela tapi harga cecah ribuan ringgit
CATEGORIES