Syarikat bagi ganjaran duit untuk staf bujang bercinta

Photo of author

By Syima Iza

Syarikat bagi ganjaran duit untuk staf bujang bercinta.

Sebuah syarikat di selatan China telah memperkenalkan insentif tunai bagi menggalakkan kakitangannya yang masih bujang untuk mencari pasangan.

Menurut laporan South China Morning Post (SCMP), langkah ini diambil oleh syarikat kamera Insta360 untuk memupuk semangat romantik dalam kalangan pekerjanya.

Syarikat bagi ganjaran duit untuk staf bujang bercinta

Langkah tersebut dilihat sebagai usaha untuk meningkatkan kebahagiaan secara keseluruhan dalam kalangan staf, yang secara tidak langsung dipercayai akan memberikan impak positif kepada prestasi syarikat.

Difahamkan, Insta360 menawarkan 66 Yuan (kira-kira RM40) kepada pekerja untuk setiap hantaran sah yang memperkenalkan individu bujang di luar syarikat menerusi platform temu janji atas talian mereka.

Pekerja yang berjaya memadankan diri dengan individu yang diperkenalkan itu akan menerima ganjaran tambahan. Sekiranya hubungan tersebut bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan, pasangan tersebut bersama penemu jodoh mereka masing-masing akan diberikan 1,000 Yuan (kira-kira RM618).

Langkah ini mendapat sambutan positif daripada kakitangan Insta360, yang menghargai inisiatif syarikat.

Ganjaran untuk galak staf bercinta

Menurut SCMP, hampir 500 hantaran memperkenalkan individu bujang telah dimuat naik ke platform forum percintaan syarikat sejak kempen bermula pada 11 November lalu.

Setakat ini, Insta360 telah mengagihkan hampir 10,000 Yuan (kira-kira RM6,179) kepada mereka yang memuat naik hantaran tersebut. Bagaimanapun, kerana kempen itu baru berjalan kurang daripada tiga bulan, belum ada staf yang layak menerima bonus tambahan tersebut.

Reaksi bercampur dari warga maya
Kempen ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Sebahagian memuji usaha Insta360 dan mencadangkan agar syarikat lain turut mengambil langkah serupa untuk menggalakkan kakitangan bujang mencari pasangan.

Namun, ada juga yang mengingatkan bahawa nilai hubungan percintaan yang terjalin jauh lebih penting daripada ganjaran wang yang ditawarkan.

Kadar kelahiran di China mencecah rekod terendah
Langkah syarikat ini mungkin berkait rapat dengan cabaran demografi yang dihadapi China. Kadar perkahwinan di negara itu menunjukkan penurunan berterusan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Data kerajaan terkini mendedahkan hanya 4.74 juta pasangan di China mendaftar perkahwinan dalam tiga suku pertama tahun 2024, penurunan 16.6 peratus berbanding 5.69 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Selain itu, kadar kelahiran juga mencatatkan rekod terendah pada tahun 2023, iaitu hanya 6.39 kelahiran setiap 1,000 orang, berbanding 6.77 kelahiran pada tahun sebelumnya.

Baca Juga:
Minah Salleh ini pernah puji rakyat Malaysia sebab selalu nampak gembira, lepas masuk Muzium Kesenian lain pula yang jadi
Ribuan ulat bulu hitam terbang di udara bikin penduduk risau
Pisang di dinding dilelong dengan harga lebih RM4 juta