Syamsul nafi lakukan persetubuhan luar nikah, Ira Kazar bakal saman JAWI

Syamsul nafi lakukan persetubuhan luar nikah, Ira Kazar bakal saman JAWI

Syamsul nafi lakukan persetubuhan luar nikah, Ira Kazar bakal saman JAWI. Ira Kazar atau nama sebenar, Faghirah Fatini Kazaruddin bakal mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berikutan pendedahan pihak tersebut terhadap tuduhan persetubuhan luar nikah sebelum berkahwin kepada umum.

Menurut peguam, Ammar Ghalip yang mewakili Ira, pihaknya bakal memfailkan saman terhadap Jawi kerana pendedahan yang dibuat oleh pihak tersebut kepada masyarakat.

“Berkenaan dengan kenyataan Puteri Sarah mengenai siasatan-siasatan daripada Jawi itu, ia masih belum selesai dan dalam siasatan lagi.

Syamsul nafi lakukan persetubuhan luar nikah, Ira Kazar bakal saman JAWI
“Isu berkenaan masih disiasat dan terdapat perkara yang boleh dipersoalkan. Jadi, tindakan undang-undang telah pun diambil kepada Jawi,” katanya pada Rabu.

Pada Rabu media melaporkan Syamsul Yusof, menafikan dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah bahawa dia melakukan persetubuhan luar nikah sebelum berkahwin dengan isteri, Ira Kazar.

Menurutnya, dia tidak pernah melakukan persetubuhan luar nikah seperti yang didakwa dan turut mempersoalkan ketelusan Jawi.

Dalam pada itu, Ira berkata, akan menyaman pihak Jawi pada minggu hadapan berikutan pendedahan kesnya kepada umum.

Baca Lagi:
Dituduh curang dengan bekas kekasih, ini respon Puteri Sarah buat Syamsul Yusof terdiam
Puteri Sarah kantoi curang dengan bekas kekasih, sekali ini Syamsul Yusof lakukan
‘Sebagai bapa saya sedih ada orang kata nak boikot filem Syamsul’ – Yusof Haslam
CATEGORIES