Suri rumah rugi RM21,399 ditipu ‘wakil Touch N Go’

Photo of author

By Syima Iza

Suri rumah rugi RM21,399 ditipu ‘wakil Touch N Go’. Seorang suri rumah kerugian RM21,399 selepas mahu menebus 750 jumlah mata terkumpul yang ada dalam akaun e-Wallet miliknya yang kononnya dikatakan sudah tamat tempoh.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata kejadian bermula pada 29 Disember lalu selepas mangsa dari Raub yang berusia 36 tahun menerima panggilan daripada suspek menyamar wakil syarikat Touch N Go.

“Suspek memaklumkan akaun e-Wallet milik mangsa sudah tamat tempoh dan terdapat 750 point (jumlah mata terkumpul) yang masih belum dituntut.

“Sekiranya diminta memberikan apa-apa maklumat perbankan, kita minta jangan dedahkannya,” katanya.

“Mangsa kemudian menyerahkan nombor kad bank dan nombor pengesahan transaksi (TAC) selepas suspek meminta kononnya mahu membantunya menebus point berkenaan.

“Mangsa menyerahkan tujuh nombor TAC yang berlainan kepada suspek sebelum menyedari dirinya ditipu apabila mendapati semua wang dalam akaun banknya lesap,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Ramli berkata, polis menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

“Sekiranya diminta memberikan apa-apa maklumat perbankan, kita minta jangan dedahkannya,” katanya.

Baca Lagi:
Peniaga satar tergaman terima kunjungan pelanggan istimewa
Tip beli tayar kereta agar tidak tertipu dengan pemilik kedai tayar
Lelaki palsukan kematian diri sendiri untuk lari daripada isteri