Supermodel terkenal tayang barang kemas RM2.06 juta di majlis perkahwinan

Supermodel terkenal tayang barang kemas RM2.06 juta di majlis perkahwinan

Supermodel terkenal tayang barang kemas RM2.06 juta di majlis perkahwinan.

Supermodel terkenal Vietnam, Thanh Hang memakai dua set barangan kemas jenama Itali, Bulgari berharga AS$433,000 (RM2.06 juta) pada majlis perkahwinannya dengan konduktor orkestra, Tran Nhat Minh, lapor portal berita VNExpress.

Model wanita itu juga memakai gaun satin minimalis klasik nukilan pereka fesyen terkenal Vietnam, Cong Tri bersama aksesori mewah lain seperti rantai, gelang, cincin dan anting-anting daripada koleksi jenama Serpenti Viper.

Supermodel terkenal tayang barang kemas RM2.06 juta di majlis perkahwinan

Nilai keseluruhan set itu ialah AS$237,000 (RM1.13 juta) berdasarkan harga yang disenaraikan di laman web rasmi jenama itu.

Hang, 40, pernah menjadi Ratu Cantik Foto Vietnam pada 2002 sebelum memulakan kerjaya sebagai model profesional.

Suaminya, Minh, 42, berkelulusan ijazah sarjana dari Russia dan kini bekerja dengan Orkestra Simfoni Balet di Bandar Raya Ho Chi Minh.

Pasangan itu bertunang pada Ogos lalu.

Mereka mengadakan majlis perkahwinan di sebuah hotel mewah di Bandar Raya Ho Chi Minh pada Isnin lalu.

Baca Lagi:
Anggota polis tular selepas berjaya selamatkan nyawa seekor ular dengan lakukan CPR
“Nasi campur paling mahal, lagi mahal dari makan di hotel” – Wanita terkejut nasi campur cecah RM33 sepinggan
Selepas 4 hari arwah meninggal dunia, keluarga jumpa getah rambut, cotton bud dibungkus bentuk ‘pocong’….rupanya kena sihir
CATEGORIES