‘Supercar’ McLaren bernilai hampir RM1 juta putus dua dalam kemalangan ngeri

Photo of author

By Syima Iza

‘Supercar’ McLaren bernilai hampir RM1 juta putus dua dalam kemalangan ngeri.

Sebuah ‘supercar’ McLaren bernilai hampir AS$200,000 (RM886,000) terputus dua dalam satu kemalangan ngeri di Texas, Amerika Syarikat (AS), menyebabkan dua orang maut, lapor akhbar New York Post semalam.

Gambar di lokasi nahas menunjukkan kereta mewah berwarna hitam itu terputus dua selepas ia merempuh sebuah Toyota Corolla dan sebatang pokok berhampiran persimpangan Abrams Road dan Royal Lane di Dallas. Kejadian berlaku sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan).

'Supercar' McLaren bernilai hampir RM1 juta putus dua dalam kemalangan ngeri

Cristobal Flores Espino, 29 dan Robert Leroy Rocha, 31, yang kedua-duanya berada dalam kereta tersebut meninggal dunia.

Kereta Toyota terbabit turut melanggar pokok dan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, manakala pemandunya dibawa ke hospital serta mengalami cedera ringan.

Tidak jelas punca nahas itu tetapi polis berkata, siasatan sedang dijalankan.

Kereta model McLaren 570S itu dijual pada harga permulaan AS$191,000 (RM845,000) dan boleh mencapai 98 kilometer sejam dalam masa 3.2 saat.

Baca Lagi:
“Susah nak jumpa orang macam ni”- Netizen puji sikap Ejen Hartanah buat ‘Review’ jujur rumah untuk dijual bernilai RM120k
Adik ipar dapat hibah RM300k dari arwah suami, wanita tak puas hati mahu duit dikongsi bersama
“Order je, makanan turun dari langit..”- Kedai Abang Tingkap jadi tumpuan ramai