“Sumpah tak tahu nak cakap apa”, Wanita terkejut dapat tahu suami belum sunat selepas nikah.
Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui suaminya masih belum berkhatan walaupun mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Kisah tersebut dikongsikan semula di platform X dan telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
“Aku baru tahu tapi wujud ke lelaki belum sunat dekat luar sana? Suami aku pun belum sunat, sumpah tak tahu nak cakap apa.”
Keliru Cara Untuk Beritahu Suami
Wanita itu menjelaskan bahawa dia dan suaminya adalah beragama Islam. Namun, dia hairan bagaimana seorang Muslim boleh mengabaikan kewajipan berkhatan, terutamanya mengikut Mazhab Imam Syafie yang menganggapnya sebagai wajib.
Dia turut mengakui buntu mencari cara yang sesuai untuk memberitahu suaminya tentang kepentingan berkhatan sebelum mereka menjalani hubungan suami isteri.
“Macam mana aku nak beritahu benda ni, nak suruh pergi sunat dulu sebelum bersama.”
Pandangan Warganet Mengenai Isu Ini
Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai, dengan warganet memberikan pelbagai nasihat dan pandangan.
- “Bawa suami pergi klinik, sunat laser je murah.”
- “Memang wujud orang macam tu, salah mak pak dia. Ada sorang perempuan aku kenal, anak dia dah darjah 5 tapi tak sunat lagi.”
- “Saya pun pernah ada pesakit, dah tua umur 50-an tak sunat. Tak sunat sebab takut, bukan sebab sakit.”
Berkhatan bukan sahaja dianggap wajib bagi umat Islam tetapi juga penting dari sudut kesihatan. Prosedur ini dapat membantu mencegah pelbagai penyakit dan memastikan kebersihan diri lebih terjaga.
Kisah ini menjadi peringatan kepada semua tentang kepentingan pendidikan agama dan kesihatan sejak usia muda. Sebagai pasangan, komunikasi terbuka sangat penting untuk mengatasi isu sensitif seperti ini. Jangan malu untuk mendapatkan bantuan profesional bagi menyelesaikan masalah.