Sumber dedah Shahidan, PN sedang atur rancangan ‘hebat dan dasyat’

Photo of author

By Syima Iza

Sumber dedah Shahidan, PN sedang atur rancangan ‘hebat dan dasyat’. AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim memberi bayangan beliau bersama Perikatan Nasional (PN) ketika ini sedang membuat suatu perancangan yang ‘hebat dan dahsyat’

Tanpa memperincikan perkara tersebut, bekas Menteri Wilayah Persekutuan hanya meletakkan kapsyen ringkas itu, dengan memuat naik dua keping gambar bersama Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di sebuah restoran.

Selain itu, Shahidan turut meletakkan ‘tag’ hantaran berkenaan di Facebook Takiyuddin dan juga Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Sumber dedah Shahidan, PN sedang atur rancangan 'hebat dan dasyat'

“Perancangan sedang diteruskan dengan hebat dan dahsyat…,” tulisnya ringkas.

Menerusi ruangan komen dalam hantaran berkenaan, ada pihak beranggapan ia kemungkinan mempunyai kaitan dengan rancangan PN mewujudkan kerjasama baharu politik untuk kembali berkuasa.

Baru-baru ini, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu dipetik sebagai berkata, PN berpendirian terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana gabungan parti politik pada masa depan, termasuk BN.

Bagaimanapun, beliau enggan merujuk cadangan kerjasama itu sebagai Muafakat Nasional (MN) dan menegaskan ia hanya boleh direalisasikan jika semua pemimpin bersetuju dengan satu matlamat yang sama.

“Kerjasama ini perlu menjadi satu dasar yang dipersetujui semua pemimpin parti, Bersatu, PAS dan Umno. Jika semua percaya dengan satu matlamat yang sama, maka tiada masalah untuk mewujudkan kerjasama ini.

“Jika ada satu pihak kata ‘tidak’, maka ia tak akan berlaku. Namun jika kita percaya antara satu sama lain, kita boleh mencapai matlamat kita,” katanya.

Jelasnya lagi, asas kerjasama itu kekal untuk kepentingan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Jangan lupa follow kami! Twitter , Facebook 

Baca Lagi:
Anwar minta saya siap sedia, cuti hampir tamat kata Maszlee
Sah! Tian Chua dipecat dari PKR
Bot ‘Sarah Joe’ dinaiki 5 sekawan yang hilang ditemui selepas 10 tahun, apa sebenarnya berlaku?