Sultan Johor tidak akan terima permohonan mengadap baginda sehingga 31 Januari

Sultan Johor tidak akan terima permohonan mengadap baginda sehingga 31 Januari

Sultan Johor tidak akan terima permohonan mengadap baginda sehingga 31 Januari.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda bermula hari ini sehingga 31 Januari.

Dalam titah kepada Royal Press Office (RPO) yang dimuat naik dalam Facebook hari ini, baginda juga memaklumkan ketetapan itu terkecuali bagi majlis yang telah ditetapkan serta sesi mingguan bersama Menteri Besar Johor serta kerajaan negeri.

Sultan Johor tidak akan terima permohonan mengadap baginda sehingga 31 Januari

“Bermula sekarang sehingga saya mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, saya tidak akan menerima apa-apa permohonan untuk mengadap.

“Dalam tempoh berkenaan, saya ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sebelum menjalankan amanah dan tanggungjawab yang cukup besar,” titah Sultan Johor.

Sultan Ibrahim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan akan bersemayam selama lima tahun, berkuat kuasa 31 Januari ini.

Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, juga selama lima tahun dan mulai dari tarikh sama.

Pelantikan baharu itu bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan pemerintahan berkuat kuasa 30 Januari 2024.

Al-Sultan Abdullah memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 31 Januari 2019.

Baca juga:
Proses sebenar bukan ‘ditidurkan’ tetapi diintubasi – Dr. Malar
Malaysia melakar sejarah muncul negara pertama lakukan ujian klinikal ke atas manusia
Doktor dakwa makan ‘kubis goreng hangus’ boleh dapat risiko penyakit kanser
CATEGORIES