Sudah mop berkali-kali lantai rumah tetap nampak kusam? Guna 3 bahan ini pasti berkilat dan wangi

Photo of author

By Syima Iza

Sudah mop berkali-kali lantai rumah tetap nampak kusam? Guna 3 bahan ini pasti berkilat dan wangi.

Korang perasan tak, walaupun sudah mop berkali-kali, lantai di rumah tetap nampak kusam?

Tambahan pula bagi yang ada anak kecil, baru mop dah tertumpah air dan makanan sana sini. Sekejap je lantai bersih kan?

Sudah mop berkali-kali lantai rumah tetap nampak kusam? Guna 3 bahan ini pasti berkilat dan wangi

Haa, kali ini kami akan kongsikan tips dan petua mudah supaya lantai rumah anda nampak berkilat dengan hanya menggunakan tiga bahan saja.

Selain lantai bersinar, rumah pun jadi wangi tau. Nak tahu rahsianya? Cuba skrol sampai bawah okay!

1. Air panas

Sudah mop berkali-kali lantai rumah tetap nampak kusam? Guna 3 bahan ini pasti berkilat dan wangi

Pertama sekali, anda perlu tuangkan air panas ke dalam baldi secukupnya.

2. Pelembut pakaian

Sudah mop berkali-kali lantai rumah tetap nampak kusam? Guna 3 bahan ini pasti berkilat dan wangi

Kemudian, sukat cecair pelembut pakaian menggunakan penutupnya. Masukkan satu penutup cecair tersebut ke dalam baldi yang telah berisi air panas.

3. Cuka makanan

Sudah mop berkali-kali lantai rumah tetap nampak kusam? Guna 3 bahan ini pasti berkilat dan wangi

Kemudian, tambahkan lima titis cuka ke dalam baldi yang sudah berisi air panas dan pelembut pakaian. Kacaukan semua bahan di dalam baldi sehingga sebati. Selepas itu, anda sudah boleh mengemop lantai seperti biasa!

Walau bagaimanapun, cuka tidak boleh diletakkan secara berlebihan kerana akan menyebabkan permukaan lantai menjadi terlalu melekit. Selamat mencuba guys!

Baca Juga:
Pemain wanita China terkejut dilamar di luar gelanggang selepas menang emas, terima cincin pertunangan
Muka berubah kelihatan cantik, pelakon Enot sangkal dakwaan lakukan pembedahan kosmetik
Budak perempuan 2 tahun maut akibat strok haba, bapa leka main PlayStation tinggal anak dalam kereta