Suami Ummi Nazeera buat konten drama ‘Andai Tiada Dia’ lagak macam Mr Bean buat netizen tergelak

Photo of author

By Syima Iza

Suami Ummi Nazeera buat konten drama ‘Andai Tiada Dia’ lagak macam Mr Bean buat netizen tergelak.

Sejak menjadi salah seorang penyokong kuat drama Andai Tiada Dia, hantaran suami kepada pelakon Ummi Nazeera, iaitu Dr Mohd Izzar Anwari, sering mendapat perhatian netizen.

Terbaharu, Dr Izzar berkongsi video yang memaparkan seorang individu memakai jersi dengan nama ‘Fatah’ sedang bermain bola keranjang.

Suami Ummi Nazeera buat konten drama 'Andai Tiada Dia' lagak macam Mr Bean buat netizen tergelak

Difahamkan, video tersebut merujuk kepada episod terakhir drama Andai Tiada Dia di mana watak Falah bertukar menjadi Fatah.

“Tiada apa yang kebetulan. Ini semua Takdir. Fatah dari Temu/ Shopee. Terkejut saya dibuatnya #Andaitiadadia,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Lebih menarik perhatian apabila mimik muka yang dilakukan Dr Izzar berjaya membuat netizen terhibur.

@izzaranwari Tiada apa yang kebetulan. Ini semua Takdir. Fatah dari Temu/ Shopee. Terkejut saya dibuatnya #andaitiadadia ♬ Andai Tiada Dia – Isyariana

“Aku sorang je ke rasa dia ni Mr. Bean Malaysia? Tak bersuara tapi boleh buat orang gelak.

“Selain kepakaran dalam bidang doktor, doc juga pakar dalam bidang melawak.

“Suka sangat, semuanya dia support Ummi,” komen beberapa netizen.

Baca Lagi:
Petua halau tikus guna kulit telur & lada hitam yang ramai orang tak tahu
Drama ‘Andai Tiada Dia’ meletop, ini komen suami Ummi Nazeera
Kenapa dinamakan ‘Teh tarik’, ini kisah sebenar yang ramai tak tahu